Hot (album Candy)
album studio kedua oleh kumpulan rock wanita, Candy yang dikeluarkan pada 8 Jun 1998 yang memuatkan 12 buah lagu
Hot merupakan album studio kedua oleh kumpulan rock wanita, Candy yang dikeluarkan pada 8 Jun 1998 yang memuatkan 12 buah lagu. Album ini diterbitkan sepenuhnya oleh Matnor Hendrix, gitaris kumpulan Rusty Blade dan dibantu oleh Candy. Album ini berbeza dengan album yang terdahulu kerana ia lebih berkonsepkan heavy metal dan hard rock. Album ini telah menerapkan gaya dan pengaruh muzik dari kumpulan metal United Kingdom, Iron Maiden.
Hot | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh Candy | ||||
Dilancarkan pada | 8 Jun 1998 | |||
Dirakamkan pada | 1997 | |||
Studio | King Musical, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia | |||
Genre | Heavy metal, hard rock | |||
Panjang | 54:12 | |||
Syarikat | Life Records | |||
Penerbit | Matnor Hendrix | |||
Kronologi Candy | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Album ini memuatkan 2 buah lagu dan 1 instrumental cover. Antaranya:
- "Warisan", lagu tradisi rakyat Sarawak yang dinyanyikan dalam Bahasa Iban, Bahasa Bidayuh dan Bahasa Melayu Sarawak.
- "Ikrar Perwira", lagu nyanyian asal Rusty Blade, dan;
- "Translyvania", instrumental asal Iron Maiden
Senarai Runut
suntingPat tidak menyanyikan kesemua lagu dalam album ini. Nancy dan Connie turut menyanyikan beberapa buah lagu seperti yang dinyatakan.
No. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Warisan" (Nancy) | Copyright Controlled | Copyright Controlled | 6:15 | ||||||
2. | "Racun Pujangga" (Pat) | Jai Raja | Jai Raja | 3:55 | ||||||
3. | "Emansipasi" (Nancy) | Lorna | Matnor Hendrix | 5:00 | ||||||
4. | "Inikah Keadilan" (Pat) | Abdullah Romany | Nancy | 4:51 | ||||||
5. | "Ikrar Perwira" (Pat) | J. Yantzen, Ainan Aman | Rusty Blade | 3:46 | ||||||
6. | "Puas Hatiku" (Nancy) | Hafiz Hamzah | Yusri | 4:50 | ||||||
7. | "Translyvania (Instrumental)" | Copyright Controlled | Copyright Controlled | 3:53 | ||||||
8. | "Taufan Yang Kecewa" (Nancy) | Jai Raja | Mary | 5:29 | ||||||
9. | "Biasalah Beb" (Pat) | Hafiz Hamzah | Ramli Sarip | 6:14 | ||||||
10. | "Nyanyian Zaman Buaian" (Pat) | Abdullah Romany | Mary, Pat | 4:19 | ||||||
11. | "Tong Kosong" (Pat) | Azhar Ariff | Mary | 3:32 | ||||||
12. | "Resah" (Connie) | Sariman | Pat | 4:46 | ||||||
Jumlah masa: 54:12 |
Tenaga kerja
suntingCandy
sunting- Pat – vokal utama, gitar kedua
- Mary – gitar utama
- Nancy – bass, vokal
- Connie – dram, vokal
Penyanyi undangan
sunting- Royce Sa'ayan – suara latar (lagu "Emansipasi")
Produksi
sunting- Matnor Hendrix & Candy – penerbit, penolong penerbit, susunan muzik
- Mahmud Abu Bakar – penerbit eksekutif
- Zairi (Saturnine), A.D Sentosa – juruadun, jururakam
- C.L Toh – mastering
- Salina Ali – ketua unit promosi
- Sumbupelita – konsep kulit album