Hospital UiTM Puncak Alam
Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA ialah sebuah hospital universiti yang terletak di Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. Ia turut berfungsi sebagai hospital biasa dan menjadi alternatif kepada penduduk di bahagian Kuala Selangor, Rawang serta utara Klang dan Shah Alam untuk mendapatkan rawatan pakar ataupun pesakit luar.[1]
Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA | |
---|---|
UiTM Kampus Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor | |
Organisasi | |
Jenis | Hospital universiti |
Rangkaian | Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia |
Sejarah | |
Dibuka | April 2021 |
Pautan luar | |
Senarai | Hospital di Malaysia |
![]() | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Pembinaan dan perasmian
suntingIa telah mula dibina sejak 11 April 2017 di atas tapak seluas 18.4 hektar (45 ekar), dan siap pada 2020[2]. Ia mula beroperasi pada 5 April 2021.[3] Hospital ini telah dirasmikan pada 23 Julai 2022 oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah dan dimasyhurkan nama sebagai Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA.[2]
Kemudahan
suntingIa menempatkan sebuah bangunan hospital sepuluh tingkat yang mempunyai kapasiti 400 katil; 98 klinik pakar; 17 dewan bedah; 17 wad, 16 mesin dialisis serta fasiliti pembelajaran yang dapat menampung sehingga 750 pelajar, pada satu-satu masa.[3]
Perkhidmatan yang disediakan di hospital ini termasuklah rawatan kecemasan dan trauma, kritikal, perubatan dalaman, kardiologi, pembedahan am, plastik dan rekonstruksi, kardiotorasik, ortopedik, rawatan ibu hamil, bayi, remaja dan orang dewasa, onkologi, geriatrik, forensik, kesihatan mental, rehabilitasi serta dialisis.
Rangkaian kerjasama
suntingHospital ini menjadi anggota pengasas Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia (KHUAM) yang diasaskan pada 15 Jun 2017 bersama-sama empat buah hospital universiti yang lain.[4]
Rujukan
sunting- ^ ISMAIL, MOHAMAD ATHIR (2022-07-23). "Hospital Al-Sultan Abdullah tawar perkhidmatan kesihatan kompeten". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-01-27.
- ^ a b Hamsuddin, Amirul Aiman (2022-07-23). "Agong berkenan rasmikan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-27.
- ^ a b "Hospital Pengajar UiTM Puncak Alam mula beroperasi 5 April". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-01-27.
- ^ Marzuki, Nursyahirah (2017-06-15). "5 universiti tingkat kerjasama pendidikan perubatan". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-27.
{[Universiti Teknologi MARA}}