Hospital Rembau

hospital di Malaysia

Hospital Rembau merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di daerah Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia.

Hospital Rembau
Kerajaan
Geografi
LokasiRembau, Negeri Sembilan,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanAwam
JenisDaerah
Sejarah
DiasaskanOktober 2019

Hospital Rembau dilengkapi dengan 76 katil dengan kos RM143 juta siap pada Oktober 2019[1]. Hospital ini akan berkhidmat bagi penduduk yang tinggal berhampiran seperti di Negeri Sembilan dan Melaka. Sebelum penubuhan hospital ini, penduduk terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Pilah yang jauhnya 45 km atau di Hospital Seremban yang jaraknya 27 km.

Hospital Rembau diletakkan di bawah kluster Hospital Tuanku Jaafar Seremban bagi perkongsian perkhidmatan kepakaran[1].

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Laporan Tahunan 2019 Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan" (PDF). Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.

Pautan luar

sunting