Hospital Baling
Hospital Baling merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kedah, Malaysia.
Hospital Baling | |
---|---|
Kerajaan | |
Geografi | |
Lokasi | Baling, Kedah, Malaysia |
Organisasi | |
Pembiayaan | Kerajaan |
Jenis | Awam |
Perkhidmatan | |
Jabatan kecemasan | Ya |
Pautan | |
Laman sesawang | hbaling |
Hospital Lama Baling telah dibina pada 24 Jun 1965. Apabila hospital baru dibuka, ia telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah. Hospital Baru dengan kos sebanyak RM31 juta ini telah dimulakan pembinaannya pada bulan Ogos 1993. Syarikat Johawaki telah diberi tanggungjawab mengendalikannya. Dalam tempoh masa 2 tahun, hospital baru ini telah siap dibina iaitu pada bulan November 1995.
Hospital Baling mula beroperasi pada 15 Januari 1996. Ia dibina sebagai hospital gantian bagi hospital lama untuk memenuhi kehendak penduduk-penduduk di daerah Baling, Kedah. Hospital Baling yang bertaraf Hospital Daerah Tanpa Pakar ini terletak di atas tapak dengan keluasan 32 ekar, sejauh 800 meter dari pekan Baling dan memberikan perkhidmatan untuk 140,000 penduduk.
Fakta
sunting- HOSPITAL BALING
- Tahun Dibina : Ogos 1993
- Luas Kawasan : 32 Ekar
- Kos Pembinaan : RM31 Juta
- Mula Beroperasi : 15 Januari 1996
- Dirasmikan Oleh : KDYMM Sultan Kedah
- Kategori : Hospital Tanpa Pakar
- Bil. Katil rasmi: 160
Alamat
suntingHospital Baling
Jalan Hospital
09100 Baling
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel: 04-4701333
Fax: 04-4701160