Homofon
Homofon (bahasa Inggeris: Homophone) merujuk kepada perkataan yang disebut sama dengan perkataan lain tetapi berbeza dari segi maksud. Perkataan-perkataan yang homofon mungkin dieja dengan serupa atau berlainan; "buku" (bahan bacaan) dan "buku" (bahagian di antara dua ruas); "massa" (dalam perkataan media massa) dan "masa" (waktu), atau "golongan" (kumpulan) dan "gulungan" (benda yang dilipat hingga berbentuk bulat panjang). Perkataan-perkataan ini adalah serupa dari segi sebutan tetapi mempunyai maksud yang berbeza, atau merujuk kepada perkara yang tidak sama. Homofon merupakan sejenis homonim, meskipun kadang-kala homonim digunakan untuk merujuk hanya kepada homofon yang mempunyai ejaan yang sama tetapi maksud yang berlainan. Istilah ini juga digunakan untuk unit-unit yang lebih singkat daripada perkataan, seperti huruf atau beberapa huruf yang disebut sama dengan huruf lain atau kumpulan huruf yang lain.
Homofon ialah istilah yang berlawanan dengan homograf.
Rujukan
sunting- Laman Pengguna PM_Poon[sumber tak boleh dipercayai?] - Penggunaan tatabahasa dan istilah dalam bahasa Melayu oleh PM Poon
- Cara-cara menulis dengan betul[pautan mati kekal]
Pautan luar
sunting- (Inggeris) Senarai homonim Alan Cooper Diarkibkan 2019-05-07 di Wayback Machine
- (Inggeris) Homonim dan Homofon - senarai asas namun berguna