Disebabkan oleh pandemik COVID-19 kejohanan ditangguhkan pada 26 Mac 2020 hingga tarikh yang belum ditentukan.[3] Pada bulan September 2020 diumumkan bahawa kejohanan itu akan berlangsung dari 21 hingga 30 Januari 2021.[4] Kejohanan ditangguhkan untuk kali kedua pada November 2020 hingga Julai 2021.[5] Pada 13 Ogos 2021, kejohanan tersebut dibatalkan secara rasmi setelah dijadualkan semula.[6]
Format kejohanan ini telah diubah dari kejohanan sebelumnya dimana hanya dua pasukan teratas peringkat kumpulan akan mara ke separuh akhir. Kejohanan kali menggunakan format peringkat kalah mati dan suku akhir akan menjadi penentu pasukan yang mara ke separuh akhir namun perlawanan di peringkat kumpulan menjadi perlawanan penentuan pasukan di kumpulan A yang mana akan menentang pasukan di kumpulan B di peringkat suku akhir. Ini memberi peluang kepada kesemua pasukan untuk bersaing semula.