Hitz (stesen radio)

(Dilencongkan dari Hitz FM)

Hitz (juga dikenali sebagai Hitz FM dan digayakan sebagai hitz)[1] ialah sebuah stesen radio Malaysia dalam bahasa Inggeris tempatan yang dipancarkan siarannya di seluruh negara di bawah pengurusan Astro Radio, sebuah anak syarikat Astro Malaysia Holdings. Memainkan muzik hit antarabangsa terkini dan terbaik untuk pendengar berumur 10 tahun hingga 40 tahun, Hitz merupakan memainkan pelbagai muzik dari rock dj sebahgian KPOP-berBahasa Inggeris-Malay muzik 2000-an 2010-an & 2020-an saluran berBahasa Inggeris Amerika di Malaysia yang paling tertinggi dari segi jumlah pendengar.[2]

Hitz
BandarKuala Lumpur
George Town
Johor Bahru, Daerah Johor Bahru
Singapura
Kota Batam/Pulau Batam
Kawasan penyiaran
SloganMalaysia's #1 Hit Music Station (atau Malaysia's No.1 Hit Music Station)
(sejak 1 Jun 1996)
Tarikh siaran pertama
  • 1 Jun 1996; 28 tahun yang lalu (1996-06-01)
    (Saluran Astro 301)
  • 1 Januari 1997; 27 tahun yang lalu (1997-01-01)
    (Jalur penyiaran FM)
FormatMuzik Kontemporari Hit (Top 40 dan US Top 40)
BahasaBahasa Inggeris Amerika
Pengenal terdahuluHitz FM
(1 Januari 1997 - 31 Disember 2017)
PemilikAstro Radio
(Measat Radio Communications Sdn. Bhd.)
Saluran kembar
Siaran webaudio1.syok.my/hitz
Tapak webhitz.syok.my

Sejak Januari 1997, saluran ini dikenali sebagai Hitz FM. Kemudian pada Januari 2001, tanda noktah diletakkan & menjadikan hitz.fm, bukan saja merujuk kepada nama radio malah juga laman webnya www.hitz.fm (kini dikenali sebagai hitz.com.my). Pada Januari 2014, hitz.fm kembali kepada nama asalnya, manakala akhiran FM digugurkan pada 1 Januari 2018 sepertimana stesen Astro Radio yang lain untuk menumpu kepada platform digital.[3]

Radio edisi tempatan

sunting

Hitz Sarawak

sunting

MY Sarawak ialah sebuah stesen radio Malaysia berbahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Astro Radio. Stesen radio ini bermula siarannya pada 25 Oktober 2010 sehingga 30 September 2023. Namun 13 tahun kemudian, frekuensinya diambil alih oleh Hitz FM (kini Hitz) dan secara rasminya, Hitz Sarawak akhirnya tamat siarannya pada 1 Oktober 2023 pada tepatnya Hitz mengambil alih frekuensinya.

Hitz Sarawak
 
BandarKuching, Sarawak, Malaysia
Kawasan penyiaran
SloganMalaysia's #1 Hit Music Station
Frekuensi95.3 FM (Kuching)
(Diambil alih oleh HITZ)
Tarikh siaran pertama
  • 1 Jun 1996; 28 tahun yang lalu (1996-06-01) (Hitz)
  • 25 Oktober 2010; 13 tahun yang lalu (2010-10-25) (Hitz Sarawak)
FormatMuzik Kontemporari Hit (Top 40 dan US Top 40)
Tarikh siaran terakhir
  • 1 Oktober 2023; 8 bulan yang lalu (2023-10-01) (Hitz Sarawak)
BahasaBahasa Inggeris Amerika
Pengenal terdahulu
  • Hitz FM Sarawak
    (25 Oktober 2010 - 31 Disember 2017)
  • Hitz Sarawak
    (1 Januari 2018 - 30 September 2023)
PemilikAstro Radio
(Measat Radio Communications Sdn. Bhd.)
Saluran kembar

Hitz Sabah

sunting

Hitz Sabah ialah sebuah stesen radio Malaysia berbahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Astro Radio. Stesen radio ini bermula siarannya pada 1 Disember 2010 sehingga 30 September 2023. Namun 13 tahun kemudian, frekuensinya diambil alih oleh Hitz FM (kini Hitz) dan secara rasminya, Hitz Sabah akhirnya tamat siarannya pada 1 Oktober 2023 pada tepatnya Hitz mengambil alih frekuensinya.

Hitz Sabah
 
BandarKota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Kawasan penyiaran
SloganMalaysia's #1 Hit Music Station
Frekuensi100.8 FM (Kota Kinabalu)
(Diambil alih oleh HITZ)
Tarikh siaran pertama
  • 1 Jun 1996; 28 tahun yang lalu (1996-06-01) (Hitz)
  • 1 Disember 2010; 13 tahun yang lalu (2010-12-01) (Hitz Sabah)
FormatMuzik Kontemporari Hit (Top 40 dan US Top 40)
Tarikh siaran terakhir
  • 1 Oktober 2023; 8 bulan yang lalu (2023-10-01) (Hitz Sabah)
BahasaBahasa Inggeris Amerika
Pengenal terdahulu
  • Hitz FM Sabah
    (1 Disember 2010 - 31 Disember 2017)
  • Hitz Sabah
    (1 Januari 2018 - 30 September 2023)
PemilikAstro Radio
(Measat Radio Communications Sdn. Bhd.)
Saluran kembar

Sejarah penubuhan Hitz Sarawak dan Hitz Sabah

sunting

Pada September 2010, Hitz Sarawak dan Hitz Sabah telah dilancarkan bersama rakan Melayu dan Cina masing-masing Era Sarawak, Era Sabah, My Sarawak dan My Sabah di Malaysia Timur - ketiga-tiga saluran itu mula bersiaran di Kuching pada 25 Oktober tahun itu diikuti Kota Kinabalu pada 1 Disember 2010.[perlu rujukan]

Pada 2 Januari 2018, Hitz FM Sarawak dan Hitz FM Sabah telah dijenamakan semula kepada Hitz Sarawak dan Hitz Sabah sebagai langkah oleh Astro Radio untuk menyepadukan berbilang platform melangkaui radio tradisional. Pada masa yang sama, logo baharu turut diperkenalkan dengan penjenamaan semula.[perlu rujukan]

Astro Radio menghentikan operasi di Sabah dan Sarawak dan akan dikembalikan semula ke Bukit Jalil

sunting

Pada 1 Oktober 2023, Astro Radio telah menghentikan operasinya di Sabah dan Sarawak.[perlu rujukan]

Selepas 13 tahun bersiaran, Hitz Sabah dan Hitz Sarawak akan ditamatkan pada 1 Oktober 2023.[perlu rujukan]

Sejarah

sunting
 
Logo Hitz FM (1 April 2001–31 Disember 2017)

Latar belakang

sunting

HITZ, bersama-sama stesen kembar MIX dan LITE, merupakan antara stesen radio bahasa Inggeris yang pertama kali dimiliki swasta untuk disiarkan di Malaysia, setelah melancarkan gelombang udara pada Januari 1997 dan menjadi salah satu saluran audio Astro sejak pelancaran rangkaian satelit pada Jun 1996. Negara ini hanya mempunyai satu stesen radio bahasa Inggeris sebelum ini, iaitu Radio Malaysia Saluran 4 (kini TraXX FM) milik kerajaan dari RTM.

Pada tahun 2000, carta Malaysian Top 10 (kemudian dinamakan Malaysian English Top 10) diperkenalkan untuk mendedahkan lagu-lagu buatan Malaysia yang menepati citarasa pendengar stesen tersebut, terutamanya lagu dan artis indie.

Pada April 2001, HITZ FM dijenamakan semula sebagai Hitz FM (dengan tanda titik) sebagai penekanan kepada kepentingannya dalam Internet di samping menjadi stesen radio, dengan kemudahan atas talian seperti webcast dan penstriman yang serentak dengan siaran radio dan dijenamakan sekali lagi ke "hitz fm" pada tahun 2014 tanpa tanda titik.

Pada Ogos 2003, berlakunya perselisihan antara Li'l Kev dan pengurusan AMP mengenai kontrak yang disetujui antara kedua-dua pihak menyebabkan beliau dan rakan sejawatannya FlyGuy (Morning Crew yang asal) untuk tiba-tiba berhenti dari hitz fm. Jason Lo dan Rudy Sufian menggantikan tempat mereka lalu menjadi Morning Crew yang baru. (Tidak lama kemudian, Lo bertukar waktu kerja dengan JJ Fernandez bagi slot waktu petang). Pada lewat 2003, HITZ.TV dilancarkan untuk digandingkan dengan hitz.fm (sebelum dijenamakan semula sebagai Astro hitz). Walau bagaimanapun, saluran ini telah ditamatkan siarannya pada 16 Mei 2016.

Pada tahun 2005, Anugerah hitz fm Malaysian English Top 10 diperkenalkan untuk menghargai bakat dan karya bahasa Inggeris buatan Malaysia yang terbaik.

Pasukan jalanan bagi hitz fm ialah hitz fm Cruisers (Cruisers secara ringkas). Tugas mereka adalah untuk bertemu peminat stesen ini dan memberi hadiah percuma kepada mereka bagi pihak hitz fm.

Isu dan kontroversi

sunting

Pada September 2017, sebuah isu berlaku apabila pihak Hitz memaparkan sebuah video yang dikatakan berunsur transfobia di laman Facebook rasmi; video tersebut memaparkan dua orang penyampai, Ryan De Alwis dan Arnold Loh berjalan melepasi seorang "wanita", tetapi muntah apabila mendapat tahu bahawa orang tersebut ialah seorang transgender. Video itu mendapat kecaman daripada sesetengah pihak seperti golongan pendokong transgender, dan pihak Hitz memohon maaf atas video tersebut lalu memadamkan video itu.[4]

Pada Februari 2021, Yusuf Shukri (DJ Yusuf), penyampai Hitz FM bagi kawasan Sarawak mendapat kecaman sejagat apabila memuat naik sebuah video di laman Tik Tok peribadinya yang memperlekehkan intonasi bahasa Inggeris seorang guru Sains, Rafidah Rahmat dalam saluran DidikTV KPM yang baru dilancarkan.[5][6] Susulan itu, DJ Yusuf digantung kerja oleh pihak Hitz, dan pihak pengurusan Astro serta Yusuf sendiri memohon maaf atas tindakan luar batas itu.[5]

Pergantian nombor

sunting

Pada 1 Jun 1996, HITZ dapat boleh didengar melalui Astro di saluran 301.

Pada 1 November 1999, HITZ telah dinomborkan semula dari saluran 301 ke saluran 104.

Pada tanggal 1 Oktober 2007, HITZ akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 852.

Penyampai

sunting

Penyampai Harian

sunting
  • Arnold Loh
  • Ean Nasrun
  • Anne Jacyntha Stanley
  • Calista Leah Liew
  • Zher Peen
  • Ili Ruzanna Iqbal

Penyampai Hujung Minggu

sunting
  • Arka
  • Dhabita
  • Simon Lee And Alvin

Bekas penyampai

sunting

Berikut adalah senarai bekas penyampai Hitz dan tempoh bertugas mereka di stesen ini.

  • Ryan Matjeraie (2013-2016, berpindah ke Fly FM)
  • Juanita Ramayah (2013-2018)
  • Adam Izzy (2014-2017)
  • Sher Mohamed (2013-2016)
  • Ean Nasrun (2008-2016) - *(2018, Kembali lagi sebagai penyampai radio pada Oktober 2018)
  • Jin Lim (2007-2015)
  • Natalie Kniese (berpindah ke Fly FM)
  • Hunny Madu (2007–2008)
  • Jayaram Gopinath Nagaraj (2003–2008)
  • Rudy Sufian (2003–2008)
  • Azura Zainal (2006–2007)
  • Marion Caunter (2006—2007)
  • Brian Vinesh (2005—2007)
  • Jason Lo (2003–2007)
  • Pietro Ambrose Felix (2005—2006)
  • Serena Choong (2000—2006)
  • Phat Fabes (1999–2006) (berpindah ke Lite)
  • Johan Farid Khairuddin (2001—2004)
  • Li'l Kev (1997–2003)
  • FlyGuy (1997–2003)
  • Anushia Kanagasabai (1997–2002)
  • John Boy (1997–1999, 2001)
  • Mesh Nair (1997–2004)
  • Ross Yusof (1997–2004)
  • Farouk Khan (1997)
  • Adam Carruthers
  • Jay (2016-2018)
  • Ryan Augustine De Alwis (RD) (berpindah ke Mix)
  • Khalif Sultan (2016-2019)
  • Sangeeta (2021-2023) (berpindah ke Fly FM)
  • Raj Mahal
  • Aelden Sin (Hitz Sabah, 2023)
  • Keanu Azman (2018-2024)

Segmen

sunting

Isnin - Jumaat

sunting
Segmen Penyampai Masa
Back to Back Hitz 00:00 - 06:00
Hitz Morning Crew Arnold, Ean & Anne 06:00 - 10:00
Hitz Days Calista Leah Liew 10:00 - 15:00
Hitz Drive Zher 15:00 - 20:00
Hitz Tonight Ili 20:00 - 00:00
Segmen Masa Penyampai
Hitz Weekend 6am - 7am -
Best of Hitz morning crew 9am - 12pm Ean, Arnold & Anne
Hitz Weekend 12pm-3pm Dhabita
Hitz RIM chart show 4pm-5pm Zher
Hitz Weekend 5pm-8pm Arka
Club Hitz 9pm - 4am Jakeman & Skeletor, Simon Lee & Alvin (via segment Hitz Xcelerate from 11pm weekend)
Hardwell On Air 12am - 1am Hardwell
Bak2bak Hitz 4am - 6am -
Segmen Masa Penyampai
Club Hitz 12am-3am -
Back To Back Hitz 3am-6am -
Hitz Weekend Breakfast 6am-9am Ean & Arnold
Hitz Stripped 9am-11am -
Hitz RIM Chart Show (Repeat) 11am-1pm Zher
Hitz Tiktok 1pm-2pm Calista
Hitz Your Playlist 2pm-3pm Calista
Hitz Gayo 3pm-4pm Calista
Hitz Playlist Of My Life 4pm-5pm -
Hitz Weekend 5pm-8pm Arka
Hitz Flow 8pm-9pm -
Hitz Stage 9pm-11pm -
Club Hitz 11pm-3am Simon Lee & Alvin dalam Slot "Hitz Xcelerate" setiap hari Sabtu dan Ahad pada pukul 11 hingga 12 tengah malam.

Frekuensi

sunting
Frekuensi Kawasan Pemancar
92.9 MHz Shah Alam, Selangor Gunung Ulu Kali
92.8 MHz Perlis dan Alor Setar, Kedah Gunung Jerai
92.8

MHz

(George Town, Balik Pulau, Butterworth, Batu Ferringhi, Bayan Lepas, dan Seberang Perai Tengah,) Pulau Pinang Bukit Bendera
92.8

MHz

Kota Bharu, Kelantan Bukit Panau
92.7 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang
92.4 MHz Langkawi, Kedah Gunung Raya
93.6 MHz Taiping, Perak Bukit Larut
95.0 MHz Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk
93.0 MHz Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang
97.6 MHz Johor Bahru/Daerah Johor Bahru Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Masai, Gelang Patah, Skudai, Kangkar Pulai, Tanjung Pelepas Pelabuhan, Ulu Tiram, Bandar Johor Bahru, Johor) dan Singapura Gunung Pulai
Kota Batam/Pulau Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
93.2 MHz Kuantan, Pahang Bukit Pelindung
94.8 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Besar
95.3 MHz Kuching, Sarawak Bukit Djin
105.1 MHz Sibu, Sarawak Bukit Lima
105.8 MHz Miri, Sarawak Bukit Lambir
100.8 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Karatong
99.8 MHz Sandakan, Sabah Bukit Trig

Televisyen

sunting
Platform TV Saluran
Astro/NJOI 852

Radio internet

sunting

Siarkan dalam talian di laman web dan Aplikasi SYOK

Rujukan

sunting
  1. ^ Astro.com.my. "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans | Press Release | Mediaroom | Astro". www.astro.com.my. Dicapai pada 2018-01-12.
  2. ^ "71% of Malaysians Listen to Astro Radio". Astro. 19 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 5 Mac 2016.
  3. ^ "With multiplatform the new reality, Astro Radio drops 'FM', refreshes 11 brands". Digital News Asia. Dicapai pada 13 January 2018.
  4. ^ Brown, Victoria (21 September 2017). "Hitz FM apologises for 'transphobic' video" [Hitz FM memohon maaf atas video berunsur 'transfobia']. The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Februari 2021.
  5. ^ a b Mahmud, Farihad Shalla (19 Februari 2021). "Sindir guru, deejay Hitz FM Sarawak bakal digantung tugas". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2021. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  6. ^ Musa, Nur Huda (19 Februari 2021). ""Saya bangga jadi cikgu" – Cikgu Rafidah". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2021. Dicapai pada 20 Februari 2021.

Pautan luar

sunting