Hishamuddin Rais
Rencana ini perlukan rujukan lebih sahih selain blog/blog peribadi. Perlu rujukan dari [| media utama/buku] ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Hishamuddin Rais (juga dikenali dengan nama Isham Rais) merupakan seorang aktivis politik yang terkenal di Malaysia.Dilahirkan pada 3 Februari, 1951 di Jemapoh, Kuala Pilah , Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan menengahnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam pengajian Sejarah Asia Tenggara pada tahun 1971. .
Pendidikan
suntingHishamudin belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam pengajian sejarah.
Gerakan Mahasiswa untuk Rakyat
suntingSemasa menuntut di Universiti Malaya, Hishamuddin kemudiannya terlibat secara aktif dalam gerakan pelajar. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada tahun 1974. Hishamuddin aktif mmemperjuangkan isu-isu rakyat dalam arus kebangkitan pelajar. Antara peristiwa penting yang menjadi catitan sejarah ialah perjuangan kaum pelajar untuk setinggan Tasek Utara yang dirobohkan rumah mereka pada penghujung tahun 1974. Dia ditangkap dan ditahan reman di Penjara Air Molek, Melaka. Kemudiannya pada Disember 1974 berlaku satu demonstrasi besar-besaran oleh kaum pelajar bagi memperjuangkan nasib petani-petani miskin di Baling. Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Hussein waktu itu telah melakukan penangkapan besar-besaran. Hishamuddin telah melarikan diri keluar negara.
20 tahun dalam buangan
suntingHishamuddin kemudiannnya mendapat suaka politik daripada kerajaan Belgium. Dia belajar bahasa Perancis di Université catholique de Louvain, Belgium pada tahun 1984. Beliau kemudian belajar seni di Kolej Brixton, London dan lulus dalam bidang filem dan video dari Universiti Westminster, London pada tahun 1992. Beliau tinggal di kota London kira-kira 15 tahun.
Kepulangan ke Malaysia
suntingHishamuddin pulang ke Malaysia pada tahun 1994. Sekembalinya ke Malaysia dia telah ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) untuk kali pertama selama dua minggu. Semasa dalam tahanan itulah dia mendapat idea [perlu rujukan] untuk menghasilkan filem Dari Jemapoh Ke Manchestee iaitu sebuah filem yang penuh dengan metafora dan budaya berontak anak muda. Filem ini telah mengembara ke serata festival filem di dunia, dari Singapura hinggalah ke Rotterdam.
Aktiviti
suntingPerfileman
suntingBeliau merupakan seorang pembikin filem. Antara filem-filem beliau adalah:
Filem pendek;
- From here to a long yesterday
- Malaysia werewolf in london
- Three second of see
Filem panjang;
- Dari Jemapoh ke Manchester
Penulisan
suntingPada tahun-tahun awal kepulangan beliau ke Malaysia, dia menulis menerusi pelbagai suratkhabar dan majalah seperti akhbar Melayu, Ujang dan Dewan Budaya. Antara sumbangan beliau yang lain adalah 1.Penyumbang untuk Men’s Review 2.Analog-Kolum di Berita Minggu 3.Penyumbang untuk Vox akhbar The Sun 4.Penyumbang di penerbitan-penerbitan alternatif 5. Kolum Dot Mai- Malaysiakini.com 6. Kolum Tapai untuk majalah Off The Edge
Hishamuddin boleh dikatakan sebagai seorang intelektual rakyat. Dia menjadi jambatan penghubung idea-idea dan konsep-konsep yang kompleks ke dalam bahasa mudah dalam tulisan-tulisannya.[perlu rujukan]
Hishamuddin Rais telah menulis dan menerbitkan beberapa buah judul buku, antaranya setakat ini:
- Pilihanraya atau Pilihan Jalanraya (Kinibooks, 2002)[1]
- Keganasan, Penipuan dan Internet: Hegemoni Media Daulah Pecah (SIRD, 2008)[2]
- Tapai: Travel and Guilty Pleasures of a Fermented Malaysian (ZI Publications, 2010)
- Tertangkapnya Sa-ekor Toyo: Surat dari Teoh Beng Hock (SIRD, 2011)[3]
- Tipu Pilihan Raya, Turun Jalan Raya (KBU Collective, 2013)
- Surah-Surah Terlarang: Persoalan Nasional (Soeloeh Merdeka, 2019)[4]
- Merakam Sejarah: Turun Jalan Raya Menang Pilihan Raya (Gerakbudaya, 2021)
- Malapetaka Iklim: Memahami Fenomena Pemanasan Dunia (Forum Selangor, 2023)[5]
Terlibat aktif dalam gerakan Reformasi
suntingPasca 2 September 1998 merupakan detik bersejarah dalam hidupnya. Walaupun pada peringkat awal dia tidak terlibat secara langsung tetapi kemudian dia mengubah fikiran dan menyertai demostrasi jalanan. Dia beberapa kali ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Polis kerana dituduh berhimpun secara haram. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus aktif berjuang untuk reformasi dan demokrasi di Malaysia ini.
Hishamuddin menerima pelbagai tekanan dari pihak pemerintah, antaranya dia diberhentikan dari menulis di kolum mingguannya di akhbar Berita Harian. Oleh kerana tekanan pihak pemerintah akhbar-akhbar arus perdana tidak lagi berani untuk menyiarkan tulisan-tulisannya.[perlu rujukan]
Namun pada penghujung tahun 1999 Malaysiakini.com, sebuah akhbar internet dilancarkan dan dia diberi ruangan kolum Dot.Mai. Kolum ini memberi pengaruh besar terhadap pejuang-pejuang reformasi dan demokrasi di Malaysia ini.[perlu rujukan] Dia banyak memberi penekanan terhadap penglibatan aktif anak-anak muda dalam perjuangan menuntut perubahan. Dia sering menyebut sebaris kata “hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda.”
Ditahan ISA
suntingPada 9 April 2001 sekitar jam 5.00 petang dia telah ditangkap oleh sepasukan polis dari cawangan khas di pejabatnya di bawah seksyen 71 (3) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan. Kini dia bersama sembilan orang aktivis politik pro reformasi dan pro demokrasi . Setakat bulan April 2001 ini jumlah aktivis reformasi dan pro demokrasi yang ditahan berjumlah 10 orang.
Rujukan
sunting- ^ "Pilihanraya atau Pilihan Jalanraya". Goodreads.
- ^ "Keganasan, Penipuan dan Internet: Hegemoni Media Daulah Pecah". Goodreads.
- ^ "tapai: Travels & Guilty Pleasures of a Fermented Malaysian". Goodreads.
- ^ "Surah-Surah Terlarang: Persoalan Nasional". Penerbitan Kawah Buku.
- ^ "Malapetaka Iklim – Kawah Buku" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-03.
https://web.archive.org/web/20020204135402/http://www.geocities.com/universiti_bangsar/