Hirabah
Hirabah (Arab: حرابة ) adalah tindakan sekelompok bersenjata di dalam Daulah Islamiyah dan melakukan kekacauan, penumpahan darah, merampas harta, merusak kehormatan, merusak tanaman, ternakan, keharmonian agama, akhlaq, dan keamanan masyarakat, baik dari kalangan muslim, ataupun kafir (zimmi atau harbi). Termasuk dalam hirabah, adalah kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh sindiket, mafia, kongsi gelap, dan lain-lain.
Dalil al-Quran tentang hirabah
suntingHukuman hirabah dan tata cara menjatuhkannya telah disebut di dalam Al-Quran. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas) atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. (Surah Al-Maa’idah, ayat 33).[1]
Hukuman hirabah
suntingAtas dasar itu, hukuman bagi orang yang melakukan hirabah adalah :-
- Dibunuh
- Disalib
- Dipotong tangan dan kakinya bersilangan
- Dibuang negeri
Realiti hirabah
suntingHukuman hudud bagi pelaku hirabah akan dijatuhkan bila tindakan mereka telah mencerminkan realiti hirabah. Adapun syarat-syarat yang boleh menetapkan, bahawa suatu tindakan disebut tindakan hirabah ada tiga syarat iaitu :-
- Pertama - tempat hirabah yang dilakukan oleh pelakunya mestilah di tempat yang jauh dari tempat orang ramai. Contohnya di padang rumput yang jauh, di gunung, atau tempat jauh dari lokasi penduduk. Jika tindakan itu dilakukan di tempat orang ramai, maka bukan tindakan hirabah, akan tetapi perampasan biasa. Sebab yang disebut dengan hirabah adalah samun, atau perompakan yang dilakukan di jalan-jalan. Akan tetapi, bila mereka melakukan tindakan pembunuhan, perampasan harta, dan kemusnahan di tempat-tempat orang ramai, maka tindakan mereka dianggap sebagai hirabah dan berhak dijatuhi hukuman hudud. Ini adalah pendapat majoriti ‘ulama Fiqh, Abu Hanifah, Abu Tsaur, dan lain-lain.
- Kedua - Pelakunya membawa senjata yang dapat digunakan untuk membunuh, contohnya, pedang, senjata api dan lain-lain. Jika mereka tidak membawa senjata, atau bersenjatakan alat-alat yang tidak boleh digunakan untuk membunuh, seperti, tongkat, cambuk, dan lain-lain, maka tindakan mereka tidak disebut dengan hirabah.
- Ketiga - dilakukan dengan terang-terangan. Mereka merampas harta dengan paksa dan terang-terangan, dan memiliki markas pusat. Jika mereka mengambil harta dengan cara sembunyi-sembunyi mereka disebut pencuri. Jika mereka merampas kemudian melarikan diri, mereka disebut peragut.
Jika tiga syarat ini tidak dipenuhi, maka tindakan itu tidak disebut sebagai hirabah.
Taubat pelaku hirabah
suntingApabila pelaku hirabah bertaubat sebelum mereka tertangkap, taubat mereka diterima. Akan tetapi, ia harus menunaikan hak-hak orang yang mereka dzalimi, atau hak-hak anak Adam (huquq al-adamiyyin). Ini didasarkan pada firman Allah SWT:
Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Maa’idah, ayat 34).[2]
Jika mereka bertaubat setelah tertangkap, maka mereka tetap dikenakan hukuman hudud.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- Sayyid Sabbiq, Fiqh Sunnah, bab Hirabah.
- Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat