Hikayat Johor ditulis oleh Haji Said Haji Sulaiman. Hikayat merupakan salah satu daripada kesasteraan bahasa Melayu yang mengisahkan sejarah keberadaan orang Bugis abad ke-19 di Riau dan Selangor. Ia dipercayai ditulis sekitar 1810 dan manuskrip yang ada bertarikh 1849.

Menurut Haji Said Haji Sulaiman, selepas kemangkatan Sultan Mahmud 'mangkat dijulang' maka terputuslah nasab keturunan Sultan Johor.Selepas kemangkatannya, kerajaan Johor diperintah oleh golongan Bendahara dengan dilantik putera Tun Habib Dato Bendahara Sri Maharaja Padang Saujana Johor sebagai sultan dengan gerlaran Sultan Abdul Jalil. Namun mengikut buku Salasilah Melayu dan Bugis, keturunan Raja dan Bendahara Johor adalah berasal daripada satu keturunan.Jadi pemerintah Johor selepas tahun 1699 adalah daripada keturunan Bendahara Melaka.[1]

Buku ini juga mengisahkan sejarah sultan di Teluk Ketapang , peperangan antara Raja Haji dengan Belanda yang berakhir dengan kematian Raja Haji. Banyak diceritakan tentang pengembaraan, peperangan dan hubungan raja-raja lain di kepulauan Melayu. Bahagian akhir Hikayat Negeri Johor ialah peristiwa yang berlaku di Selangor , apabila Riau telah ditawan, Raja-raja Bugis masih mengekalkan pengaruh mereka di Riau.[2]

Penceritaan

sunting

Kehilangan kesusteraan Melayu

sunting

Banyak hasil kesusteraan Melayu yang telah musnah ditelan zaman dan peperangan. Antara punca kemusnahan tulisan kesusteraan Melayu adalah seperti lenyapnya kerajaan Srivijaya serta kedatangan agama Islam ke alam Melayu, yang membawa kepada lenyapnya segala naskah-naskah kesusasteraan Melayu yang berasal dari zaman Hindu dahulu.

Selain itu kerana istana raja ialah menjadi tempat perhimpunan buku-buku, kebanyakannya musnah binasa dimakan api seperti dalam peristiwa kebakaran istana Sultan Mansor Shah seperti tersebut kisahnya di dalam buku Sejarah Melayu yang mengatakan bahawa dalam peristiwa itulah kerajaan Sang Nila Utama telah dibakar.

Selain itu dengan kejatuhan kerajaan Melaka, banyak kehilangan naskah-naskah kesusasteraan lama Melayu apabila Kerajaan Melayu Melaka telah ditakluk oleh Portugis. Banyak buku dan kitab yang musnah terbakar atau tenggelam bersama Flor de la Mar ("Kuntum Laut"), sebuah kapal kerakah laksamana Alfonso de Albuquerque dari Portugis yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh Tamiang dan Pasai pada bulan Disember 1511membawa banyak harta rampasan perang dari Melaka.

Selain itu berlaku juga kebakaran pada sebuah kapal yang bernama the Fame yang dalam pelayaran ke Britain. Dalam kebakaran itu turut musnah segala muatannya iaitu berbagai khazanah termasuklah perpustakaan lama Melayu yang telah dikumpulkan oleh Raffles.

Menurut keterangan Abdullah Abdul Kadir Munshi dalam hikayatnya, nyatalah amat banyak perpustakaan lama Melayu yang telah musnah dalam kebakaran kapal the Fame itu. Ada pun perpustakaan lama melayu, iaitu kitab-kitab, hikayat-hikayat dan syair-syair yang musnah itu menurut Hikayat Abdullah penuh berisi di dalam tiga buah peti kulit panjang-panjang sedepa, diantaranya ada kira-kira tiga ratus buah buku-buku yang telah dijilid, tiada termasuk naskah-naskah yang belum berjilid, yang bercerai-berai, bergulung dan yang berhelai-helai. Selain dari itu ada lagi duah buah peti penuh berisi dengan surat-surat dan kitab-kitab Jawa, Bali dan Bugis dan tulisan-tulisan di atas daun lontar.

Sesungguhnya adalah terbukti bahawa segala khazanah yang telah musnah didalam kebakaran kapal the Fame itu amat tinggi nilainya kepada Stamford Raffles, kerana ada tersebut di dalam buku yang bertajuk Raffles of Singapore karangan Reginald Coupland, mengatakan bahawa berbagai khazanah yang telah dikumpulkan oleh Raffles sebanyak muatan lebih sebuah kapal telah sudah pun dihantarkan ke England beberapa lama terdahulu daripada peristiwa kebakaran kapal the Fame itu, tetapi segala khazanah yang terpilih dan lebih-lebih di hargainya telah dikemudiankan oleh Raffles dengan tujuan ia sendiri hendak memerhatikan keselamatan khazanah-khazanah itu dalam pelayaran. Malangnya semuanya itu telah musnah, termasuklah segala naskah buku-buku, surat-surat, tulisan di daun-daun lontar dan sebainya yang telah di simpan kedalam peti-peti oleh munshi Abdullah di Singapura itu serta beberapa banyak lagi khazanah-khazanah yang telah terkumpul dan dibawa daripada Bencoolen.

Pada masa kini Hikayat Johor menjadi salah satu sumber penting pengkajian bahasa Melayu dan untuk penyelidikan ia boleh didapati di Cod.Or. 1741(2), Leiden University Library.

Rujukan

sunting
  1. ^ Pentadbiran undang-undang Islam negeri Johor oleh Abd. Jalil Borham, hlm 76
  2. ^ http://mcp.anu.edu.au/N/NJoh_bib.html Hikayat Negeri Johor]

Pautan luar

sunting


Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z