Hijabista
Majalah Hijabista merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia diterbitkan secara bulanan.
Editor | Nursuziana Zulkifli |
---|---|
Kategori | Islam |
Kekerapan | Bulanan |
Isu pertama | April 2012 |
Syarikat | Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Majalah Hijabista merupakan sebuah majalah dunia fesyen berhijab. Ia mensasarkan generasi muda, berusia antara 21 hingga 35 tahun, untuk menyambut revolusi hijab yang hangat diperkatakan dalam dunia fesyen tempatan dan antarabangsa masa kini. Kandungannya 70 peratus terdiri daripada fesyen semata-mata dan ia padat, berinformasi dan paling afdal, rujukan utama bagi si manis berkarakter berani yang ingin berkarya daripada segi penampilan.
Majalah Hijabista merupakan salah satu bahan cetakan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Malaysia.