Hidekaz Himaruya
pelukis manga Jepun
Hidekazu Himaruya (Bahasa Jepun: 日丸屋秀和, Himaruya Hidekazu, lahir 8 Mei 1985), atau lebih dikenali sebagai Hidekaz Himaruya,[1]ialah seorang seniman manga Jepun dari Kōriyama, Fukushima. Beliau berhijrah ke Amerika Syarikat untuk belajar di Parsons School of Design, tetapi memutuskan untuk berhenti sekolah. Beliau kini tinggal di Jepun.[2] Beliau paling terkenal dengan menulis dan menggambarkan siri webmanga Hetalia: Axis Powers, yang telah diadaptasi menjadi manga dan anime dengan enam musim yang dikeluarkan dan musim baru yang akan dilancarkan pada musim bunga 2021.[3][4]
Hidekaz Himaruya 日丸屋秀和 | |
---|---|
Kelahiran | Kōriyama, Fukushima, Jepun | 8 Mei 1985
Kewarganegaraan | Berkembar: Jepun dan Amerika Syarikat |
Bidang-bidang | Mangaka |
Karya terkenal | Hetalia: Axis Powers |
Karya
sunting- Barjona Bombers (バルヨナボンバーズ , Baruyona Bonbāzu) (komik web)
- Chibisan Date (ちびさんデイト , Chibi-san Deito) (Comic Birz→Comic Spica, Gentosha)
- Hetalia: Axis Powers (Axis Powers ヘタリア , Akushisu Pawāzu Hetaria) (Gentosha)
- Inaka no Nono (いなかのノノ ) (dōjinshi)
- Susume! Kitakō Hōsō-bu (すすめ!きたこー放送部 ) (webcomic)
- Taishō Roman Oni-san Yameteee!! (大正浪漫 鬼さんやめてえぇっ!! ) (Jump Square, Shueisha)
- Zurō no Sumika Zenpen (ずろうの棲処 前編 ) (sebagai Team Yasagure (チームやさぐれ , Chīmu Yasagure, dōjinshi))
Rujukan
sunting- ^ Fukuda, Makoto. "Cute but dangerous?". The Star (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2009. Dicapai pada 31 Julai 2014.
- ^ Comic Spica. Gentosha (5). Februari 2012. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ "Hetalia Axis Powers Web Manga Gets TV Anime" (dalam bahasa Inggeris). Anime News Network. 24 Julai 2008. Dicapai pada 1 Ogos 2014.
- ^ "Hetalia's Himaruya to Launch Inaka no Kōkō de Atta Kowai Hanashi Project" (dalam bahasa Inggeris). Anime News Network. 15 Februari 2014. Dicapai pada 1 Ogos 2014.
Pautan luar
sunting- Tapak web rasmi (dalam bahasa Jepun)
- Hidekaz Himaruya di Ensiklopedia Anime News Network