Henry Gurney
Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney (KCMG) adalah pegawai merangkap pesuruhjaya tinggi British yang telah ditembak mati oleh pengganas komunis dalam satu serang hendap semasa darurat di Persekutuan Tanah Melayu.
The Honourable Sir Henry Gurney KCMG | |
---|---|
Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya | |
Dalam jawatan 1 Oktober 1948 – 6 Oktober 1951 | |
Didahului oleh | Sir Edward Gent |
Digantikan oleh | Field Marshal Sir Gerald Templer |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Poughill, United Kingdom | 27 Jun 1898
Mati | 6 Oktober 1951 Bukit Fraser, British Malaya | (umur 53)
Pasangan | Lady Isabel Lowther Weir |
Latar Belakang
suntingHenry Gurney dilahirkan pada 27 Jun 1898 di Cornwall, United Kingdom[1]. Dia adalah anak lelaki GGH Gurney dan Florence Gurney. Dia belajar di Kolej Winchester Universiti College, Oxford.
Berkahwin dengan Lady Isabel Lowther Weir pada 1924 dan mendapat dua anak lelaki, Michael dan Peter.
Kerjaya
suntingHenry Gurney berkhidmat dengan King Royal Rifle Corps dari 1917-1921. Kemudian menyertai pasukan perkhidmatan di tanah jajahan British di Kenya pada 1921. Kemudian menjadi Pembantu Setiausaha Tanah Jajahan di Jamaica ( 1935), Ketua Setiausaha ke Persidangan Gabenor-Gabeno Afrika Timur (1938 - 1944), Setiausaha Tanah Jajahan Gold Coast (1944 - 1946), Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin (1946 - 1948). Henry Gurney menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948.
Pada 1948, dia dianugerah sebagai Order of St Michael and St George sebagai KCMG dan merupakan pangkat kedua paling tinggi Kesatria British kerana jasa-jasanya sebagai ketua setiusaha kerajaan Palestin.
Tanah Melayu
suntingBeliau telah melancarkan Rancangan Briggs dengan tujuan untuk memutuskan hubungan komunis dengan penduduk setempat.
Beliau telah melancarkan kempen ‘Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis’.Beliau juga telah menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum untuk mengeratkan perpaduan rakyat menentang komunis. Beliau telah menggalakan penubuhan penubuhan parti politik Cina yang tidak berhaluan ke Negara China.
Namanya kini terpahat di salah sebuah sekolah di Telok Mas, Melaka.
Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati di Bukit Fraser dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat di sana. Dia ditembak mati oleh sekumpulan gerila pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya. Kereta Roll Royce ditembak di tengah perjalanan . Henry Gurney cuba melindungi isteri dana pemandunya.Dia telah menubuhkan Advanced Approved School dan Sekolah Henry Gurney di Melaka.
Penghormatan
suntingHenry Gurney dikurniai darjah kesatria oleh Ratu Elizabeth II setelah kematiannya pada 6 Oktober 1951. Kuburnya terletak di Perkuburan Kristian Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia.
Beberapa jalan telah dinamakan sempena nama beliau seperti Jalan Henry Gurney di Melaka , Seremban , Kuala Lumpur dan Singapura. Kawasan rekreasi di Tanjung , Pulau Pinang dinamakan Gurney Drive.Nama beliau juga disemadikan pada perpustakaan awam pertama di Seremban yang dinamakan perpustakaan peringatan Sir Henry Gurney.Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
Papan tanda peringatan
suntingPada 20 Jun 2009, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan telah mengambil inisiatif memasang papan tanda peringatan peristiwa Parti Komunis Malaya menyerang hendap Henry Gurney di jalan Kuala Kubu Bharu - Gap. Pengganas komunis atas perancangan pemimpin PKM telah berjaya melakukan taktik serang hendap di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser pada 7 Okt 1951. Ketika itu beliau dikatakan bersama isteri dan setiausaha peribadinya D.J. Staples sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser. Pemandu kereta itu ialah Konstabel Mohd Din dengan kibaran bendera Union Jack menjadi sasaran peluru komunis. Hanya Henry Gurney yang terbunuh, yang lain selamat.
Peristiwa ini menyamai tindakan Dato Maharaja Lela membunuh JWW Birch di Pasir Salak,Perak 1875 dan Rosly Dhobi membunuh Sir Duncan Stewart.Pembunuhan kejam Henry Gurney menjadi titik tolak kepada penduduk Tanah Melayu untuk bangkit melawan kekejaman, keganasan dan kezaliman yang dicetuskan komunis.[2]
Pejabat-pejabat kerajaan | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sir Gerard Edward James Gent |
Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya 1948–1951 |
Diikuti oleh: Sir Gerald Walter Robert Templer |
Rujukan
sunting- ^ A. J. Stockwell, ‘Gurney, Sir Henry Lovell Goldsworthy (1898–1951)’, Oxford Dictionary of National Biography, Oxford University Press, Sept 2004; online edn, October 2006 accessed 21 November 2007
- ^ Papan Tanda Dipasang Bagi Ingati Pembunuhan Henry Gurney