Henning Jensen (17 Ogos 1949 – 4 Disember 2017[1]) merupakan pemain bola sepak Denmark[2] yang bermain secara profesional untuk kelab Jerman, Borussia Mönchengladbach; kelab Sepanyol, Real Madrid; dan kelab Belanda, Ajax Amsterdam. Beliau pernah menjaringkan sembilan gol dalam 21 buah perlawanan[3] untuk pasukan bola sepak kebangsaan Denmark dari tahun 1972 sehingga 1980.

Henning Jensen
Bermain untuk Ajax, 1979
Maklumat peribadi
Nama penuh Henning Jensen
Tarikh lahir (1949-08-17)17 Ogos 1949
Tempat lahir Nørresundby, Denmark
Tarikh kematian 4 Disember 2017(2017-12-04) (umur 68)
Posisi permainan Deep-lying forward
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1965–1972 Nørresundby BK
1972–1976 Borussia M'gladbach 125 (44)
1976–1979 Real Madrid 81 (16)
1979–1981 Ajax 56 (7)
1981–1983 AGF Aarhus 53 (17)
1984 Nørresundby BK
Pasukan kebangsaan
1972–1980 Denmark 21 (9)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Pada tahun 2006, Henning Jensen dinamakan sebagai calon untuk anugerah "Pemain Bola Sepak Denmark Terbaik Sepanjang Masa" oleh DBU bersama-sama dengan Preben Elkjær Larsen, Brian Laudrup, Michael Laudrup, Morten Olsen, Peter Schmeichel, Allan Simonsen dan Jon Dahl Tomasson.

Jensen meninggal dunia pada 4 Disember 2017, di usia 68 tahun. [4]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Gladbach trauert um Henning Jensen". kicker.de. Dicapai pada 5 December 2017.
  2. ^ "Henning Jensen". worldfootball.net. Dicapai pada 17 February 2012.
  3. ^ Tidak termasuk perlawanan "Eropah Lama" menentang "Eropah Baru" pada Januari 1973 yang menandakan perkembangan Komuniti Eropah 1973. Jensen memulakan perlawanan dengan menjaringkan sebuah gol dan sekali lagi sejam kemudian, dengan menyaksikan kemenangan 2-0 oleh "Eropah Baru".
  4. ^ Henning Jensen er død efter kort tids kræftsygdom Templat:Dk icon

Pautan luar

sunting