Helicobacter pylori

Jangkitan Helicobacter pylori ialah sejenis jangkitan yang biasanya berlaku pada perut dan berpunca dari bakteria Helicobacter pylori.[1] Jangkitan ini biasanya tidak mempunyai gejala; tetapi boleh mengakibatkan gastritis (keradangan perut) atau ulser perut.[2] Gejala-gejala terlibat mungkin termasuk sakit perut, loya dan pedih ulu hati.[1] Jangkitan juga dikaitkan dengan gastritis atropik, kanser gastrik dan limfoma jenis limfoid mukosa (MALT).[2][1]

Jangkitan Helicobacter pylori
Nama lain
Jangkitan H. pylori, Campylobacter pylori
Pewarnaan imunohistokimia H. pylori (warna perang) yang diperoleh dari biopsi perut
PengkhususanPenyakit berjangkit, gastroenterologi
GejalaSakit perut, loya, pedih ulu hati[1]
KerumitanGastritis, ulser perut, kanser perut[2]
PuncaHelicobacter pylori, yang tersebar melalui cara tinja-mulut atau mulut-mulut[2]
Ujian pernafasan urea, cerakin antigen tinja, ujian urease pantas, biopsi tisu[2]
Penyakit seliak, Penyakit Crohn, penggunaan ubat NSAID, Intoleransi laktosa[1]
Rawatan perubatan
Perencat pam proton, bismut subsalisilat, metronidazola, tetrasiklina[2]
Kekerapan60% (2015)[3]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bakteria yang berkait rapat dengan jangkitan ini dipercayai merebak kebanyakannya melalui laluan tinja-mulut dan mungkin mulut-mulut.[2] Antara faktor-faktor risiko terlibat termasuklah penetapan di kawasan yang penyakit itu biasa berlaku dan kemiskinan.[2][1] Helicobacter pylori ialah bakteria gram-negatif, bermikroaerofil, berbentuk batang melengkung.[2] Diagnosis penyakit ini adalah melalui ujian nafas urea, ujian antigen najis, ujian urease pantas, atau biopsi tisu.[2] Serologi mungkin menunjukkan sama ada jangkitan semasa atau jangkitan lampau.[2]

Kes penyakit yang tanpa kewujudan gejala tidak memerlukan rawatan khusus.[2] Namun sekiranya berlaku sebaliknya, gabungan perencat pam proton (PPI), bismut subsalisilat, metronidazola dan tetrasiklina boleh digunakan.[2] Jika bakteria tersebut mempunyai rintangan ubat-ubatan yang rendah pada kawasan yang dikenal pasti, klaritromisin, dan amoksisilin atau metronidazola boleh digunakan.[2] Vaksin H. pylori sedang dibangunkan pada 2015.[1]

Dianggarkan 60% daripada penduduk dunia telah dijangkiti pada tahun 2015, dengan perkara ini lebih biasa berlaku di negara-negara membangun.[3][2] Jangkitan ini selalunya bermula pada zaman kanak-kanak.[1] Kira-kira 5% kanak-kanak di bawah 10 tahun di Amerika Syarikat terjangkit.[1] Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, kadar penyakit ini telah menurun di banyak negara.[4] Bakteria ini mula dikenal pasti pada tahun 1982 oleh doktor Australia Barry Marshall dan Robin Warren.[5] [6]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h i Parikh, NS; Ahlawat, R (January 2022). "Helicobacter Pylori". StatPearls. PMID 30480966.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o "Helicobacter pylori - Chapter 4 - 2020 Yellow Book | Travelers' Health | CDC". wwwnc.cdc.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 January 2022. Dicapai pada 23 February 2022.
  3. ^ a b Hooi JK, Lai WY, Ng WK, Suen MM, Underwood FE, Tanyingoh D, dll. (August 2017). "Global Prevalence of Helicobacter pylori Infection: Systematic Review and Meta-Analysis". Gastroenterology. 153 (2): 420–429. doi:10.1053/j.gastro.2017.04.022. PMID 28456631.
  4. ^ "The Gastric and Intestinal Microbiome: Role of Proton Pump Inhibitors". Current Gastroenterology Reports. 19 (8): 42. August 2017. doi:10.1007/s11894-017-0577-6. PMC 5621514. PMID 28733944.
  5. ^ Rees, Alan M. (1997). Consumer Health USA (dalam bahasa Inggeris). Greenwood Publishing Group. m/s. 194. ISBN 978-1-57356-068-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-23. Dicapai pada 2022-02-23.
  6. ^ "Unidentified curved bacilli on gastric epithelium in active chronic gastritis". Lancet. 1 (8336): 1273–5. June 1983. doi:10.1016/S0140-6736(83)92719-8. PMID 6134060.