Dr. Hazami bin Jahari (Jawi: حزامي بن جهاري) ialah ahli bahasa di Malaysia dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak 2023.[1]

Dr.

Hazami Jahari
حزامي جهاري
Hazami pada tahun 2024
Kelahiran
Hazami bin Jahari
WarganegaraMalaysia
KerakyatanMalaysia
Pusat pendidikanUniversiti Malaya
Universiti Sains Malaysia
OrganisasiDewan Bahasa dan Pustaka
Terkenal keranaAhli bahasa

Kehidupan awal

sunting

Hazami lahir pada tahun 1968 dan berasal dari Kuching, Sarawak. Beliau menuntut di Universiti Malaya pada akhir 1980-an, di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Penulisan Kreatif dan Deskriptif). Beliau turut melanjutkan pengajian di institusi sama untuk memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (Penulisan Kreatif dan Deskriptif), sebelum ke Universiti Sains Malaysia bagi memperoleh Ijazah Doktor Falsafah Kesusasteraan.[2]

Kerjaya

sunting

Beliau mula bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1992, dan sejak itu giat melaksanakan program-program dengan tujuan mengangkat dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tentang pembinaan, pengembangan dan penerbitan bahasa Melayu.[2]

Pada tahun 2014, beliau telah menerajui cawangan Sarawak bagi DBP, sebelum dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, dan kemudiannya Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera.[1] Beliau menyandang jawatan Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan pada tahun 2021.[2]

Hazami dilantik menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Januari 2023 oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Bernama (2023-01-18). "Dr Hazami Jahari Ketua Pengarah DBP yang baharu". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-22.
  2. ^ a b c Zulkafali, Fatin Syazana (2023-01-18). "Dr. Hazami Jahari Dilantik sebagai Ketua Pengarah DBP". Dewan Masyarakat. Dicapai pada 2024-10-22.
  3. ^ "Hazami Jahari dilantik Ketua Pengarah DBP baharu". Portal Berita. 2023-01-18. Dicapai pada 2024-10-22.