Hasnol
Hasnol Bin Hassan Ariff atau lebih dikenali dengan mononim Hasnol ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia.[1] Beliau meraih kejayaan dalam bidang muzik selepas memenangi tempat ketiga Sony Music Voice of Asia pada 1991.[2][3] Pada tahun 2014, beliau menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim pertama.
Hasnol | |
---|---|
Nama lahir | Hasnol Bin Hassan Ariff |
Kelahiran | 1970 (umur 53–54) Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif |
|
Syarikat rakaman | Sony Music |
Kerjaya
suntingSelepas memenangi tempat ketiga Voice of Asia pada 1991, Hasnol merakamkan album pertamanya, Sudi Katakan Sudi pada 1992. Lagunya yang bertajuk sama pernah memenangi kategori Pop Rock di Anugerah Juara Lagu ke-8 setahun berikutnya, Pada tahun 1994, Hasnol melancarkan album keduanya berjudul Caraku. Pada tahun 2014, beliau kembali ke industri muzik dengan melancarkan dua lagu baru, "Tinggallah" dan "Kasih Abah".[2][4] Hasnol juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, telah menjayakan drama Mencari Kiblat Cinta dan Pelangi Hati serta My Sweetheart Hannan.
Gegar Vaganza 2014
suntingHasnol ialah salah seorang daripada 12 peserta Gegar Vaganza pertama yang turut disertai oleh Shima, Adilla Idris, Ayai Illusi dan Mamat Exists, namun tersingkir di konsert minggu kedua.[5] Berikut ialah senarai persembahan beliau:
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2014 | ||||
---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
Minggu 1 | Throwback | "Laguku Untukmu" | Dirinya sendiri | Ke-2 |
Minggu 2 | Memori Berkasih | "Harus Terpisah" | Cakra Khan | Tersingkir |
Kehidupan peribadi
suntingHasnol berkahwin dengan Marina Mohin pada tahun 2010.[1] Beliau dikurniakan 4 anak yang mana 3 daripadanya menerusi perkahwinan terdahulu beliau bersama Akhmarzuraikha Salleh pada tahun 1994.[2][6]
Diskografi
suntingAlbum
sunting- Sudi Katakan Sudi (1992)
- Caraku (1994)
Kompilasi
suntingSingle
sunting- Tinggallah (2014)
- Kasih Abah (2014)
- "Hilang" (2019)
- "Nadi Cinta Kita" (2020)
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1993 | Anugerah Juara Lagu 93 Lagu Terbaik (Sudi Katakan Sudi) | Pop Rock | Diri sendiri | Juara |
1993 | Anugerah Industri Muzik Pertama | Artis Baru Terbaik (Solo) | Dirinya sendiri | Tercalon |
1994 | Anugerah Bintang-Bintang Popular ke-7[7] | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ a b Fatin Farhana Ariffin (31 Julai 2020). "Dunia seni penuh hasad dengki". Berita Harian. Dicapai pada 17 Mei 2021.
- ^ a b c "Hasnol sedia kembali". Perak Today. 1 April 2014. Dicapai pada 17 Mei 2018.
- ^ Rudy Imran Shamsuddin (13 Januari 2013). "Cinta Hasnol tak padam". Metro Ahad. Dicapai pada 17 Mei 2018.
- ^ Mohd Aizat Shamsuddin (29 Mac 2015). "Taruhan baharu Hasnol". Berita Minggu. Dicapai pada 17 Mei 2018.
- ^ "Demam jejas persembahan, Hasnol peserta sulung meninggalkan Gegar Vaganza". Astro Awani. 24 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-04. Dicapai pada 17 Mei 2018.
- ^ Mohd Al Qayum Azizi (2 Julai 2015). "Kemelut rumah tangga Hasnol, isteri akhirnya pulih". mStar Online. Dicapai pada 17 Mei 2018.
- ^ "Ning Baizura, Hasnol anggap pencalonan sebagai dorongan". Berita Harian. 5 April 1994. Dicapai pada 17 Mei 2018.