Hasbullah Abd Halim
Dato' Paduka Syeikh Hasbullah bin Haji Abd Halim (lahir 28 Julai 1941 di Langkawi, Kedah) adalah bekas Mufti negeri Kedah.
Pendidikan
suntingBeliau bersekolah di Sekolah Melayu Langkawi (1959) ; Maktab Mahmud (1963) dan Universiti Al Azhar, Mesir bidang Syariah (1969). Kemudian sambung belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1986) dan memperolehi Diploma Kehakiman dan Pentadbiran Syariah.
Kerjaya
suntingKerjaya beliau bermula sebagai Kadi di beberapa daerah seperti di daerah Kota Setar , Yan ,SikKuala Muda. Kemudian menjadi Pegawai Pendakwa (3 tahun) dan Timbalan Kadi Besar Kedah Selatan (3 tahun). Seterusnya menjadi Setiausaha Baitulmal Kedah (5 tahun) ; Timbalan Kadi Besar Kedah Tengah (6 bulan); Kadi Besar Ketua Hakim Syariah dan terakhir sebagai Mufti Negeri Kedah Darul Aman (1 Julai 2002 - kini).
Aktiviti sosial
suntingBeliau menjadi AJK Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah dan AJK Maahad Dini.
Penghargaan
suntingBeliau menerima pingat Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.) (1985); pingat Setia DiRaja Kedah (S.D.K.) (1992) ; pingat Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) (1996) dan Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS). [1]
Rujukan
sunting- ^ "Dato' Paduka Syeikh Hasbullah Bin Haji Abd. Halim". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-27. Dicapai pada 2012-05-13.