Hasanuddin Mohd Yunus

Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (lahir 5 Disember 1964) ialah ahli politik di Malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia sejak 2023.[1] Beliau pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen Hulu Langat (P101) mewakili Pakatan Harapan pada 2018 hingga 2022.[2] Beliau ialah Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sejak 2015.[3][4]

Hasanuddin Mohd Yunos
PMW (WP); AP
Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Menyandang jawatan
9 Mei 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriMohd Na'im Mokhtar
Ahli Parlimen Malaysia
bagi P101 Hulu Langat, Selangor
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehDr. Che Rosli Che Mat
Digantikan olehMohd Sany Hamzan
Majoriti25,424 (2018)
Maklumat peribadi
Lahir (1964-12-05) 5 Disember 1964 (umur 59)
Rengit, Johor, Malaysia
Parti politik Parti Amanah Negara (2015-kini)
Parti Islam Se-Malaysia (1999-2015)
PasanganDatin Sharifah Mahiza Syed Abd Kadir
KediamanSelangor
PekerjaanAhli politik

Beliau ialah salah seorang anggota delegasi Malaysia dalam misi flotila kebebasan Gaza pada 2010 yang menaiki kapal MV Mavi Marmara yang dirampas.[5][6] Dalam bidang kemanusiaan, beliau terlibat Pertubuhan IKRAM Malaysia dan pernah dipilih sebagai timbalan presiden pertubuhan itu pada 2014-2018.[4] Beliau juga ialah pengerusi pengasas pertubuhan kemanusiaan Aqsa Syarif yang berpaksikan kepada bantuan kepada Palestin.[7]

Keputusan pilihan raya

sunting
Dewan Undangan Negeri
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Lawan Parti Undi Buang undi Majoriti
1999 N22 - Rengit Hasanuddin Mohd Yunus   PAS 5,816 Zainal Abidin Mohd Zin     UMNO 11,163 17,604 5,347
2004 N25 - Rengit Hasanuddin Mohd Yunus   PAS 3,004 Ayub Jamil     UMNO 7,587 10,906 4,583
2008 N25 - Rengit Hasanuddin Mohd Yunus   PAS 3,377 Ayub Jamil     UMNO 8,656 12,354 5,279

Parlimen

sunting
Tahun Kawasan Nama Logo Undi Lawan Parti Undi Buang undi Majoriti
2018 P101 - Hulu Langat Hasanuddin Mohd Yunus   AMANAH 49,004 Azman Ahmad     UMNO 23,580 89,577 25,424
Che Rosli Che Mat   PAS 15,663

Rujukan

sunting
  1. ^ Harapandaily (2023-05-09). "Hasanuddin kini terajui YADIM". Harapan Daily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-17.
  2. ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) - Selangor". election.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-07-05.
  3. ^ "Amanah calls Muslims-only laundrette 'immature'". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 2017-09-25. Dicapai pada 2018-07-05.
  4. ^ a b Mukti, Hafizuddin Abdul (2015-09-12). "Penglibatan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus Dalam Parti Amanah Negara (AMANAH)". IKRAM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-17.
  5. ^ "Israel Ada Senarai Nama Yang Mahu Dibunuh Atas Mavi Marmara - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2010-06-06. Dicapai pada 2024-02-17.
  6. ^ "12 Sukarelawan Wira Negara - Najib - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2010-06-07. Dicapai pada 2024-02-17.
  7. ^ "ERMULANYA AQSA SYARIF DAN PERKENALAN DENGAN DR TAHIR". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-02-17.

Pautan luar

sunting