Harta Berdarah ([harˈta bərˈdarah]) ialah sebuah filem aksi tahun 1940 dari Hindia Timur Belanda (kini Indonesia). Diarahkan oleh Rd Ariffien dan R Hu untuk Union Films, filem ini telah ditulis oleh Saeroen, di mana ia cuba untuk menarik minat penonton pribumi yang mempunyai pendidikan. Filem yang dibintangi oleh Zonder dan Soelastri ini, mengisahkan seorang lelaki muda yang cuba untuk meyakinkan seorang haji yang kedekut untuk bersikap lebih dermawan, dan seiring waktu, lelaki itu jatuh cinta dengan anak perempuannya.

Harta Berdarah
An advertisement
Iklan daripada filem Harta Berdarah
Pengarah
Lakon layarSaeroen
Dibintangi
  • Zonder
  • Soelastri
SinematografiKH Tjit
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • Oktober 1940 (1940-10) (Hindia Timur Belanda)
NegaraHindia Timur Belanda
BahasaBahasa Indonesia

Dilancarkan semasa Hari Raya Aidilfitri, Harta Berdarah telah diiklankan sebagai "filem aksi Indonesia terhebat".[1] Untuk menarik minat penonton, filem ini menggunakan kemahiran silat Zonder dan kemasyhuran Soelastri sebagai penyanyi keroncong. Ulasan untuk karya ini adalah positif, dengan pujian terhadap lakonan dan jalan cerita. Walaupun Harta Berdarah telah ditayangkan selewat-lewatnya tahun 1944, filem ini mungkin hilang seperti penerbitan kontemporari yang lain ketika itu.

Di kampung Soekasari, Mardjan (Oedjang) mengusir secara paksa orang-orang yang tidak mampu untuk membayar cukai kepada ketuanya, Tuan Hadji Doerachman (Moesa). Doerachman, walaupun sedar tentang perkara ini, berkeberatan untuk menghalangnya, walaupun selepas anak perempuannya, Atikah (Soelastri), cuba untuk meyakinkan beliau.

Mardjan dan orang-orangnya mengusir Asmadi, isterinya, Tjitjih (RS Fatimah) dan ibu Asmadi yang sedang sakit. Apabila Asmadi menentang, Mardjan memukul dan menahan Asmadi. Sementara itu, seorang lelaki muda yang bernama Rachmat (Zonder) melawat ibu saudaranya di Soekasari. Setelah mengetahui tentang cara perlakuan Mardjan, Rachmat mencarinya di rumah Doerachman dan mendesak supaya Mardjan berhenti. Apabila Mardjan dan orang-orangnya cuba untuk berlawan, Rachmat mengalahkan mereka dan meminta supaya Asmadi dilepaskan. Selepas itu, Rachmat pulang ke rumah ibu saudaranya. Asmadi pula kembali ke rumahnya dan mengetahui bahawa ibunya telah meninggal dunia tidak lama selepas berlakunya pengusiran itu dan dia berjanji untuk membalas dendam.

Satu hari, Rachmat terdengar jeritan dan mendapati Atikah telah pengsan setelah melihat ular. Selepas Atikah tersedar, dia berterima kasih kepada Rachmat kerana menyelamatkannya. Walaupun Rachmat berasa jijik kerana membantu Atikah selepas mengetahui identiti bapa Atikah, kerana mereka mendedikasikan masa untuk kerja-kerja sosial, mereka berdua mula jatuh cinta. Doerachman, bagaimanapun tidak bersetuju dengan hubungan tersebut dan enggan untuk membiayai kerja-kerja mereka. Akibatnya, Atikah mengambil barang kemas dan wang milik ibunya yang telah meninggal dunia untuk membayar pembangunan kampung. Kemudiannya, apabila Rachmat dan Atikah duduk bersama dan menyanyikan lagu-lagu cinta, Mardjan terdengar mereka. Bergegas pulang ke rumah Doerachman, Mardjan meyakinkan ketuanya bahawa Rachmat berhasrat untuk mengambil kekayaan Doerachman dan mengahwinkan Atikah dengannya. Ketika Doerachman bersiap untuk pergi, Mardjan meminta haji yang buta huruf itu untuk mengecap sebuah surat.

Dalam persediaan untuk perkahwinannya dengan Mardjan, Atikah dikurung di dalam rumah. Mengetahui tentang hal pertunangan tersebut, Rachmat bertemu dengan Doerachman. Setelah berlawan dengan Mardjan dan orang-orangnya, Rachmat membawa Doerachman ke perkampungan di mana pembangunannya telah dimulakan oleh Rachmat dan Atikah. Kerana pembangunan tersebut diletakkan atas nama Doerachman, para penduduk kampung tidak takut kepada dia tetapi menghormatinya. Perkara ini menyebabkan haji itu tersedar bahawa menyembunyikan harta untuk dirinya sahaja tidak membawa kebahagiaan. Kedua-duanya yang ditemani oleh Asmadi, kembali ke rumah haji, untuk mencari Mardjan dan orang-orangnya yang ketika itu sedang duduk dengan tenang di anjung depan.

Selepas didatangi oleh Doerachman, Mardjan mendedahkan bahawa surat yang ditandatangani oleh haji itu sebenarnya surat penyerahan kekayaan kepada Mardjan. Kerana marah dengan perbuatan Mardjan, Asmadi menyerangnya sementara Rachmat menghalang yang lain. Selepas pertarungan pisau yang panjang, kaki Mardjan tersangkut pada landasan kereta api dan dia kemudiannya terbunuh oleh kereta api yang lalu. Selepas kekayaannya kembali, Doerachman memusnahkan surat itu dan merestui permintaan Rachmat untuk mengahwini Atikah.[a]

Penerbitan

sunting
 
Suatu adegan yang menunjukkan Rachmat memerangi orang Marjan; pelakon, Zonder, adalah mahir dalam seni mempertahankan diri.

Union Films telah ditubuhkan pada tahun 1940 oleh ahli perniagaan berketurunan Cina Ang Hock Liem dan Tjoa Ma Tjoen. Selepas kejayaan penerbitan pertama, Kedok Ketawa, pengarah Jo An Djan meninggalkan syarikat itu dan pergi ke Populair Film. Union mengupah bakat baru, termasuklah R Hu, Rd Ariffien dan Saeroen.[2] Ketiga-tiga mereka memainkan peranan penting dalam penerbitan Harta Berdarah; Hu dan Ariffien berkhidmat sebagai pengarah bersama, kedua-duanya dalam penampilan pertama mereka, dan Saeroen – yang pernah menulis jalan cerita untuk Terang Boelan (1937) dan Fatima (1938) ketika di syarikat lain – pula menulis jalan cerita.[3] Ariffien mengkreditkan pengupahan mereka untuk kepentingan Union dalam menarik minat penonton peribumi yang berpendidikan.[4]

Harta Berdarah dibintangi oleh Soelastri dan Zonder, dan menampilkan Moesa, Oedjang, Oesman, Haroen, dan Abdullah.[5] Kebanyakan pelakon ini, termasuk Soelastri dan Fatimah, pernah berlakon dalam filem Kedok Ketawa[6] dan Moesa, walaupun baru menandatangani dengan Union, sebelum ini pernah berlakon dengan syarikat lain.[7] Zonder, yang membuat penampilan sulung filem beliau dalam Harta Berdarah mahir dalam seni bela diri tradisional silat, manakala Soelastri juga dikenali sebagai penyanyi keroncong di bawah nama pentas Miss Ning; kedua-duanya menggunakan kemahiran ini untuk filem tersebut, manakala muzik filem itu diatur oleh kugiran muzik Hugo Dumas, Lief Java.[8] Sinematografi untuk penerbitan ini dikendalikan oleh KH Tjit.[5]

Pelancaran dan sambutan

sunting

Harta Berdarah dilancarkan pada Oktober 1940, sempena cuti Aidilfitri.[9] Filem itu yang kadang-kala diiklankan dengan judul bahasa Belanda sebagai Bloedgeld (Wang Tebus Darah), disifatkan sebagai "karya aksi Indonesia yang menakjubkan".[b][10] Satu novelisasi yang diterbitkan oleh Kolff-Buning, yang berpangkalan di Yogyakarta, kemudiannya dilancarkan; ia termasuklah beberapa penerbitan pegun.[11]

Penerimaan terhadap filem tersebut adalah positif. Satu ulasan tanpa nama dalam De Indische Courant menyimpulkan bahawa filem itu adalah ringkas tetapi dihasilkan dengan baik, dengan dialog dan jenaka yang kuat.[9] Ulasan lain seperti di dalam Soerabaijasch Handelsblad, juga positif; ia mendapati bahawa filem itu berbeza dengan penerbitan tempatan yang sebelum ini, di mana filem-filem ketika itu menampilkan "sekumpulan orang yang bergerak secara kaku dan melontarkan suara yang sukar difahami",[c] menjadikan filem Harta Berdarah sebagai filem yang boleh dinikmati oleh sesiapapun "sama ada orang Indonesia atau Eropah".[d][12]

Legasi

sunting

Selepas Harta Berdarah, Union menghasilkan lima filem lagi;[13] kesemuanya tetapi satu diarahkan sama ada oleh Hu atau Ariffien.[14] Saeroen menulis tiga filem, sebelum pergi Star Film setelah terlibat dengan Wanita dan Satria (1941).[15] Kebanyakkan pelakon kekali bersama Union untuk beberapa penerbitan. Filem yang dilancarkan selepasnya, Bajar dengan Djiwa (1941), sekali lagi dibintangi oleh Zonder dan Soelastri.[16] Union Films akhirnya dibubarkan berikutan pendudukan Jepun pada Mac 1942.[17]

Harta Berdarah ditayangkan selewatnya-lewatnya sehingga Julai 1944.[18]Filem itu berkemungkinan telah hilang. Filem-filem Hindia Belanda dirakam dengan menggunakan filem nitrat yang sangat mudah terbakar, dan selepas satu kebakaran yang memusnahkan banyak gudang Produksi Film Negara pada tahun 1952, filem-filem lama yang dirakamkan dengan nitrat dimusnahkan dengan sengaja.[19] Oleh itu, ahli antropologi visual Amerika Syarikat Karl G. Heider menulis bahawa semua filem Indonesia yang dihasilkan sebelum tahun 1950 telah hilang.[20] Walau bagaimanapun, Katalog Filem Indonesia yang disusun oleh JB Kristanto merekodkan beberapa filem masih tersimpan dalam arkib Sinematek Indonesia dan Misbach Yusa Biran pula menulis bahawa beberapa filem propaganda Jepun masih terselamat dalam Perkhidmatan Maklumat Kerajaan Belanda.[21]

Catatan penjelasan

sunting
  1. ^ Ringkasan plot ini berasal dari novelisasi yang diterbitkan oleh Kolff-Buning. Nama-nama pelakon dalam setiap peranan berasal dari Panorama, Harta Berdarah.
  2. ^ Asal: "... prachtige Indonesische film-schlager."
  3. ^ Asal: "... een groepje stijf bij elkaar geposeerde personen met houtige bewegingen eenige ongearticuleerde klanken werden uitgestooten ..."
  4. ^ Asal: "... waarvan men kan genteten, Indonesier of European."

Rujukan

sunting

Sumber petikan

sunting
  • "Bajar dengan Djiwa". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-25. Dicapai pada 2012-07-25.
  • Biran, Misbach Yusa (2009). Sejarah Film 1900–1950: Bikin Film di Jawa. Jakarta: Komunitas Bamboo working with the Jakarta Art Council. ISBN 978-979-3731-58-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Biran, Misbach Yusa (2012). "Film di Masa Kolonial". Indonesia dalam Arus Sejarah: Masa Pergerakan Kebangsaan. V. Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan. m/s. 268–93. ISBN 978-979-9226-97-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • "City: Harta Berdarah". Soerabaijasch Handelsblad. Surabaya. 1 November 1940. m/s. 8.
  • "Filmnieuws: City: 'Bloedgeld'". De Indische Courant. Batavia. 1 November 1940. m/s. 2.
  • "Harta Berdarah". Panorama. 14 (43). Jakarta. 2 November 1940. m/s. n.p.
  • "Harta Berdarah". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-25. Dicapai pada 2012-07-25.
  • Heider, Karl G (1991). Indonesian Cinema: National Culture on Screen. Honolulu: University of Hawaii Press. ISBN 978-0-8248-1367-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • "Kedok Ketawa". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-25. Dicapai pada 2012-07-25.
  • "Kredit Lengkap Harta Berdarah". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-12. Dicapai pada 2014-05-12.
  • "Moesa". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-12. Dicapai pada 2014-05-12.
  • "Saeroen". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-02. Dicapai pada 2012-09-02.
  • Saeroen (1940). Harta Berdarah. Yogyakarta: Kolff-Buning. OCLC 621593610.CS1 maint: ref=harv (link) (buku diperolehi daripada koleksi Muzium Tamansiswa Dewantara Kirti Griya, Yogyakarta)
  • "(tidak bertajuk)". Soerabaijasch Handelsblad. Surabaya. 29 Oktober 1940. m/s. 7.
  • "(tidak bertajuk)". Tjahaja. Bandung. 14 Julai 1944. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-15. Dicapai pada 2016-09-28.

Pautan luar

sunting