Harrison Ford (pelakon filem senyap)
Harrison Ford (16 Mac 1884 – 2 Disember 1957) merupakan pelakon pentas dan filem Amerika Syarikat. Beliau sering menjadi pelakon utama dalam pementasan Broadway dan bintang di era filem senyap.
Harrison Ford | |
---|---|
Kelahiran | Harrison Edward Ford 16 Mac 1884 Kansas City, Missouri, A.S. |
Meninggal dunia | 2 Disember 1957 | (umur 73)
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1904 – 1932 |
Pasangan | Beatrice Prentice (1909 – 1957; kematiannya) |
Kerjaya
suntingDilahirkan di Kansas City, Missouri, Ford memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon pentas. Beliau membuat kemunculan Broadway pertamanya pada tahun 1904 menerusi Ranson's Folly. Beliau turut muncul dalam pementasan lain seperti Strongheart; Glorious Betsy; The Fight; The Switchboard; The Bubble; dan Rolling Stones.
Ford memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1915 dan berpindah ke Hollywood. Beliau memegang watak utama bersama-sama beberapa bintang lain seperti Constance Talmadge, Norma Talmadge, Marie Prevost, Marion Davies, Marguerite De La Motte dan Clara Bow. Kerjaya pergilem Ford berakhir sejurus selepas filem dengan suara diperkenalkan. Love in High Gear yang dilancarkan pada 1932 menjadi filem terakhir beliau dan satu-satunya filem bersuara beliau. Beliau kembali ke pentas teater. Beliau telah bersama United Service Organizations (USO) ketika Perang Dunia Kedua.[1]
Kehidupan peribadi
suntingFord mengahwini pelakon pentas Beatrice Prentice pada 29 Mac 1909.[2]
Pada 13 September 1951, beliau telah dilanggar sebuah kereta ketika berjalan kaki. Kecederaan yang dihadapinya tidak piluh dan menghabiskan hidupnya di Motion Picture & Television Country House and Hospital di Woodland Hills, California. Beliau meninggal dunia di hospital pada 2 Disember 1957 ketika berusia 73 tahun.[1] Beliau telah disemadikan di Forest Lawn Memorial Park Cemetery di Glendale.
Sumbangan beliau dalam industri perfileman Hollywood telah melayakkan beliau untuk memiliki bintang di Laluan Kemasyhuran Hollywood.
Rujukan
sunting- ^ a b Golden, Eve (2001). Golden Images: 41 Essays On Silent Film Stars. McFarland. m/s. 36. ISBN 0-7864-0834-0.
- ^ Ancestry of Harrison Ford (1884–1957) genealogy page as of 1910 Census
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Harrison Ford (pelakon filem senyap) |
- Harrison Ford di Pangkalan Data Broadway Internet
- Harrison Ford di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Harrison Ford di Allmovie
- Harrison Ford di Find a Grave
- Ford biography and photos at goldensilents.com
- Harrison Ford at Virtual History
- 1920 passport photo
- Studio portraits: photo #1, photo #2
- Film stills: with Wallace Reid The Lottery Man (1919) and with Clara Bow in Three Weekends (1928)