Hari Pengingatan (Turkmenistan)

Hari Pengingatan (Bahasa Turkmen: Hatyra Guni) ialah cuti rasmi di Turkmenistan, bagi memperingati mereka yang terkorban dalam gempa bumi Ashgabat 1948 pada 6 Oktober 1948. Ia adalah salah satu daripada dua hari berkabung di Turkmenistan (satu lagi ialah Hari Peringatan[1]).

Latar belakang

sunting

Gempa bumi tersebut menyebabkan kerosakan teruk dan jumlah korban yang tinggi di bandar itu. Saparmurat Niyazov, yang kemudiannya menjadi Presiden Turkmenistan pertama, ialah satu-satunya dalam kalangan ahli keluarganya yang terselamat daripada gempa bumi, yang turut mengorbankan dua orang abangnya dan juga ibunya. Ibunya Gurbansoltan Eje kemudiannya menjadi sebahagian daripada individu sanjungan dalam kpresidenan Niyazov. Gempa bumi tersebut turut meragut nyawa Berdymukhamed Annaev, datuk Gurbanguly Berdimuhamedow, presiden semasa.[2] Disebabkan penapisan tragedi oleh Parti Komunis Turkmenistan dan pemerintah SSR Turkmen, peristiwa itu tidak dilaporkan secara meluas dalam media negara di Kesatuan Soviet. Bantuan kepada mangsa, serta pemulihan infrastruktur telah disediakan oleh Tentera Soviet, dengan ramai mangsa dihantar ke republik jiran Azerbaijan, Kazakhstan dan Uzbekistan .

Upacara memperingati

sunting

Negara secara rasmi mula merayakan cuti ini pada tahun 1995. Upacara peringatan kebangsaan diadakan di Kompleks Peringatan Halk Hakydasy, dihadiri oleh Presiden Turkmenistan. Pemimpin-pemimpin dari Dewan Undangan Negara Turkmenistan dan anggota Kabinet Menteri meletakkan bunga di monumen itu. Peserta upacara bertafakur seminit bagi mengenang mangsa gempa bumi. Satu-satunya majlis yang tidak dihadiri oleh presiden ialah ulang tahun ke-55 pada 2003, di mana Presiden Niyazov mengalami demam selesema. Upacara juga diadakan di kawasan yang berbeza di negara ini. Sebagai contoh, majlis 2010 telah diadakan di Gypjak .

Tindakan mengenang lain, terutamanya solat dan sedekah dilakukan untuk mengenang mereka yang meninggal dunia.[3][4][5] Bendera kebangsaan secara tradisinya diturunkan separuh tiang di ibu kota Ashgabat dan juga di Wilayah-wilayah Turkmenistan.[6] Semua saluran TV negara menunjukkan dokumentari dan gulungan berita gempa bumi.

Rujukan

sunting
  1. ^ "In Turkmenistan the day off was put off for October 7 on the occasion of Remembrance Day". Orient: News Agency. October 4, 2019.
  2. ^ "News". customs.gov.tm.
  3. ^ Brummell, Paul (May 11, 2005). Turkmenistan. Bradt Travel Guides. ISBN 9781841621449 – melalui Google Books.
  4. ^ "Turkmenistan marks Day of Remembrance of victims of 1948 Ashgabat earthquake | Turkmenistan.ru". www.turkmenistan.ru. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-28. Dicapai pada 2020-05-11.
  5. ^ "Earthquake Remembrance Day Observed in Turkmenistan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-09. Dicapai pada 2020-05-11.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama auto