Hany Soh
Hany Soh Hui Bin (lahir 24 Jun 1987) adalah seorang peguam dan ahli politik Singapura. Beliau juga seorang ahli Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee sejak 2020.
Hany Soh Hui Bin | |
---|---|
Ahli Parlimen | |
Menyandang jawatan TBD Bersama dengan: Lawrence Wong Alex Yam Zaqy Mohamad | |
Kawasan pilihan raya | GRC Marsiling-Yew Tee |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Singapura | 24 Jun 1987
Kerakyatan | Singapura |
Parti politik | PAP |
Tempat belajar | Politeknik Temasek Universiti Liverpool |
Pekerjaan | Ahli politik, peguam |
Pendidikan
suntingBeliau mendapat keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 1999 lalu belajar di Sekolah Menengah Bendemeer.[1][2] Setelah lulus tahap O, beliau mendapat Diploma Undang-Undang & Pengurusan di Politeknik Temasek.[1][3][2] Beliau juga berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Liverpool di United Kingdom.[1][3]
Kerjaya
suntingKerjaya peguam
suntingSesudah lulus pada 2011, Soh telah menjadi ahli sukarelawan bersama dengan ahli-ahli akar umbi di Bukit Panjang yang lain di bawah bantuan Datuk Bandar Daerah Barat Laut Teo Ho Pin.[4] Pada 2013, beliau menjadi seorang Peguambela & Peguamcara di Mahkamah Agung.[1][3] Pada 2014, beliau menubuhkan Klinik Perundangan Komuniti pertama di pusat Jawatankuasa Penduduk (RC) di negara itu.[1][4] Sebagai peguam, beliau menangani pelbagai kes-kes termasuk Chan Shwe Ching v Leong Lai Yee [2015], Phua Han Chun Jeffery v PP [2016], UBM v UBN [2017] dan Mohamed Affandi bin RosIi v PP [2018].[3] Pada 2016, beliau menyertai Perbadanan Undang-undang MSC dan menjadi pengarahnya pada tahun berikut.[1]
Kerjaya politik
suntingSoh dibawa ke Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan bekerja sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif HQ PAP selama setahun, dari 2017 hingga 2018.[1][3]
Pada pilihan raya 2020, beliau dipilih sebagai calon GRC Marsiling-Yew Tee.[2] Pada 5 Julai, kakinya patah kerana terjatuh semasa berkempen.[5][6] 5 hari kemudian, beliau terpilih ke Parlimen, mengalahkan calon-calon pembangkang dari Parti Demokratik Singapura (SDP).[7]
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f g "PAP's new GE2020 candidate Hany Soh is a Normal-stream student-turned-lawyer". 24 Jun 2020. Dicapai pada 13 Julai 2020.
- ^ a b c "Singapore GE2020: Lawrence Wong continues to head PAP's Marsiling-Yew Tee GRC team, new face Hany Soh replaces Ong Teng Koon". 28 Jun 2020. Dicapai pada 13 Julai 2020.
- ^ a b c d e "Hany Soh". Dicapai pada 13 Julai 2020.
- ^ a b "GE2020: PAP's new prospective candidates include former public servants, lawyer and banker". 24 Jun 2020. Dicapai pada 13 Julai 2020.
- ^ "PAP Marsiling-Yew Tee GRC new candidate Hany Soh fractures foot during house visits". 6 Julai 2020. Dicapai pada 13 Julai 2020.
- ^ "PAP new face Hany Soh fractures foot on house visits". 7 Julai 2020. Dicapai pada 13 Julai 2020.
- ^ "GE2020 official results: PAP team led by Lawrence Wong beats SDP in Marsiling-Yew Tee with 63.18% of votes". 11 Julai 2020. Dicapai pada 13 Julai 2020.