Hanifa Ahmad
Dato' Haji Hanifa bin Ahmad (kelahiran 8 Ogos 1946) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Kelantan (2013-2023) dan mantan ADUN Pengkalan Pasir selama tiga penggal (2008-2023).
Hanifa Ahmad | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 2013–2023 | |
Menteri Besar Kelantan | Ahmad Yakob |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Pengkalan Pasir | |
Dalam jawatan 2008–2023 | |
Didahului oleh | Hanafi Mamat |
Digantikan oleh | Mohamad Nasriff Daud |
Majoriti | 4,598 (PRU-14) 4,715 (PRU-13) 2,348 (PRU-12) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan | 8 Ogos 1946
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Datin Hajah Zaharah Rosminah Amaluddin |
Pertalian | Amaluddin Darus (bapa mentua) Daud Yatimee (abang) |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Tempat belajar | Universiti Malaya (BA) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Latar Belakang
suntingHanifa Ahmad dilahirkan di Kampung Kubang Bemban,Pasir Mas,Kelantan pada 8 Ogos 1946. Keluarganya pengasas PAS di Pasir Mas. Isterinya, Hajah Zaharah Rosminah Amaluddin, 56. Bapa mertuanya, Amaluddin Darus seorang pengasas PAS di Kelantan dan penulis buku politik yang terkenal.
Hanifa Ahmad lebih dikenali sebagai 'Abang Par'. Abangnya Daud Yatimee seorang bekas wakil rakyat. Begitu juga bapanya, Ahmad Daud.
Pendidikan
suntingBersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim, kemudian melanjut pengajian ke Kolej CIMA di Kuala Lumpur dan meneruskan pendidikan tinggi di Universiti Malaya, mendapat BA Hons.
Kerjaya
suntingBeliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir diplomatik. Jawatannya yang pertama sebagai Penolong Pegawai Daerah Temerloh pada 1972. Menjadi pegawai pembangunan di Negeri Sembilan, Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri.
Pada 1969 - 1978 beliau menjadi ahli sosiologis bagi perunding Enex of New Zealand yang membuat kajian berkaitan Kelantan River Base Study. Pada 1982 - 1990 menjalankan perniagaan sendiri di Kuala Lumpur.
Pada 1991 menyertai Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan sebagai Pengurus Besar KBC Sdn Bhd, kemudian sebagai Pengurus Besar Damai Sdn Bhd dan pada 1999 hingga 2001 dilantik Timbalan Ketua Eksekutif PKINK. Pada 2001 sehingga 23 November lalu menerajui PKINK sebagai Ketua Eksekutif. Ketika di bawah teraju anak-anak syarikat PKINK berjaya mencatat keuntungan, di mana unjuran keuntungan bersih sebelum cukai tahun dianggar sebanyak RM33.58 juta.
Politik
suntingPada 1991 - 1993 Hanifa Ahmad menjadi AJK PAS kawasan Pasir Mas, Ketua Penerangan kawasan (1993 - 1995), setiausaha (1995 - 2001) .
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Jawatankuasa Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ismailiah, Pohon Buluh.
Pada 1978 hingga 1982 beliau pernah menjadi wakil rakyat di DUN Meranti, Kelantan. Beliau menjadi Exco kerajaan negeri Kelantan bagi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pentadbiran Awam.
Dalam Pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005 beliau tewas kepada calon UMNO/ Barisan Nasional - Hanafi Mamat.
Anugerah & pengiktirafan
sunting- Malaysia
- Ahli Mangku Negara (A.M.N.) - 1973
- Kelantan
- Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) - Dato' (2013)