Hamzah bin Sulaiman
Hamzah bin Sulaiman (rujukan kehormat 'Yang Berhormat Dato') ialah seorang pegawai tertinggi dalam kerajaan Brunei. Beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan dari Januari 2018 sehingga 7 Jun 2022.[1][2][3]
Hamzah bin Sulaiman P.S.N.B., D.P.M.B. | |
---|---|
Menteri Pendidikan | |
Dalam jawatan 30 Januari 2018 – 7 Jun 2022 | |
Raja | Sultan Hassanal Bolkiah |
Didahului oleh | Suyoi bin Osman |
Digantikan oleh | Romaizah Binti Mohd Salleh |
Nama
suntingNama penuh beliau dengan terasul yang digunakan dalam persuratan rasmi bahasa Melayu di Brunei ialah 'Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman'. Nama ini juga digunakan dalam persuratan bahasa Inggeris tempatan.
Pendidikan
suntingBeliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Dasar dan Pentadbiran Awam (Public Policy and Administration ) dari Universiti Brunei Darussalam dan Ijazah Sarjana dalam Sains Politik dari Universiti Negeri New York (State University of New York ).[4]
Kerjaya
suntingBeliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penganalisa Penyelidikan di Kementerian Pertahanan.[5] Beliau kemudian berpindah ke Jabatan Dasar dan Pentadbiran Awam, Universiti Brunei Darussalam, yang mana pada tahun 1995 beliau menjadi pensyarah dan enam tahun kemudian dilantik sebagai ketua jabatan tersebut.[4] Pada tahun 2005, Institut Pengajian Dasar ditubuhkan dan beliau dilantik menjadi Ketua pertama bagi institut tersebut.[5]
Pada tahun 2007, beliau berpindah semula ke Kementerian Pertahanan dan dilantik sebagai Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategi Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Pada tahun 2011, beliau berpindah ke Kementerian Kewangan dan dilantik sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, dan sebagai Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Antarabangsa pada tahun berikutnya.
Pada tahun 2013, beliau dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pembangunan Pertahanan) di kementerian tersebut. Beliau kemudian dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri dan dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Tetap (Antarabangsa, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi, dan Kewangan) pada tahun berikutnya. Beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan sejak 30 Januari 2018, menggantikan Suyoi bin Osman.[6] Akhirnya, berikutan rombakan kabinet pada 7 Jun 2022, beliau diganti oleh Romaizah Binti Mohd Salleh.[3]
Anugerah
suntingBintang kebesaran
sunting- 2018 - Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia, Darjah Pertama (P.S.N.B.); membawa gelaran Dato Seri Setia[7][8]
- 2017 - Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia, Darjah Kedua (D.P.M.B.); membawa gelaran Dato Paduka[9][10]
Pingat kehormatan
suntingRujukan
sunting- ^ Asgar, Abdullah (30 Januari 2018). "Berkenan umumkan pelantikan kabinet baharu". Pelita Brunei. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
- ^ Sim, Y.H.; Yahya, Salawati (31 Januari 2018). "Kabinet dirombak". Media Permata Online. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
- ^ a b Ali Rahman, Muhammad Khairulanwar (8 Jun 2022). "PELANTIKAN, PERTUKARAN MENTERI KABINET, TIMBALAN MENTERI" (PDF). Pelita Brunei. No. 67 #69. m/s. 3–4. Dicapai pada 21 Ogos 2024.
- ^ a b "Awang Haji Hamzah Bin Haji Sulaiman" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Ogos 2018.
- ^ a b c d e "brunei" (PDF). www.seameo.org. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
- ^ Bandial, Ain (30 Januari 2018). "HM: Cabinet reshuffle is of 'vital importance'". thescoop.co (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Ogos 2018.
- ^ Abas, Nooratini (15 Julai 2018). "24 orang dikurniakan Bintang-Bintang Kebesaran NBD". Pelita Brunei. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
- ^ Hassan, Syahmi (16 Julai 2018). "Berkenan kurnia bintang-bintang kebesaran negara". Media Permata Online. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
- ^ Abas, Nooratini (15 Julai 2017). "Seramai 35 orang menerima Bintang Kebesaran NBD". Pelita Brunei. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
- ^ Azmi, Azrol; HH, Azaraimy (17 Julai 2017). "35 dikurniakan bintang kebesaran". Media Permata Online. Dicapai pada 21 Ogos 2018.