Dr Halili Rahmat adalah seorang ahli politik dan pakar bedah saraf Malaysia berbangsa Melayu dan pernah menjadi doktor peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau pernah memegang jawatan memegang jawatan Bendahari PKR Hulu Selangor sebelum memasuki UMNO. Beliau anak jati Hulu Yam, Selangor.

Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum 1999 (Parlimen Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali) atas tiket PKR, tetapi tewas. Namanya tidak dicalonkan dalam pilihan raya 2008. Namanya disebut-sebut menjadi calon PKR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010 tetapi kemudian tenggelam oleh peguam liberal, Datuk Zaid Ibrahim.[1]

Keluar PKR masuk UMNO

sunting

Pada 19 April 2010, Dr Halili mengisytiharkan diri keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan menyertai semula UMNO.[2] Latheefa Koya, ketua penerangan PKR menyatakan tidak terkejut dengan tindakan keluar parti selepas tidak terpilih menjadi calon.

Dr Halili lebih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak yang bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik untuk UMNO dan BN.[3]

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting