Haka ([ha.ka]) ialah suatu perilaku mengacah khas yang dilakukan orang Māori[1] dengan pergerakan yang rancak dan hentakan kaki yang kuat berirama panggilan khusus. Ia dahulunya dilakukan pahlawan-pahlawan lelaki sebelum berperang sesama puak, namun ia kini lebih dilakukan kedua-dua kaum lelaki dan wanita[2] untuk tujuan dan kegiatan lain[3][4] seperti menyambut tetamu (pōwhiri) atau majlis pengebumian.

Gambaran haka yang dilakukan pahlawan-pahlawan Māori, bertarikh sekitar 1845.
Batalion Māori berhaka siaga sebelum perang di Mesir, tahun 1941

Tarian ini lebih dikenali melalui pengamalannya oleh Pasukan ragbi kebangsaan New Zealand ("All Blacks") sejak 1905,[5] terutamanya pasukan peribumi (New Zealand Native) yang membuat penjelajahan mereka se-New Zealand serta ke Britain, Ireland, Australia antara tahun-tahun 1888 dan 1889. Tarian ini turut dipersembahkan secara kecilan di sekolah-sekolah di New Zealand, di mana ia dipanggil kapa haka;[6] persembahan sebegini sering diiringi nyanyian koir dan penggunaan alat (misalnya poi) atau senjata (taiaha misalnya) tertentu.

Mitologi Māori meletakkan haka sebagai sebuah tarian "tentang meraikan kehidupan".

Etimologi

sunting

Perkataan haka dalam bahasa Māori sewarisan dengan perkataan-perkataan yang membawa makna sama dalam bahasa-bahasa Polinesia yang serumpun termasuk saʻa atau saʻasaʻa dalam bahasa Samoa, ʻaka dalam bahasa Rarotonga, dan haʻa dalam bahasa Hawaii kesemuanya bermaksud "menari" diturunkan daripada akar Proto-Polinesia saka lanjutan daripada akar Proto-Melayu-Polinesia *sakaŋ yang bermaksud "kaki bengkok";[7] akar ini berakhiran *-kaŋ₁ yang turut didapati pada perkataan jangkang ("berjalan dengan kaki terbuka luas") dan bongkang ("terlentang membujur") dalam bahasa Melayu.[8]

Latar belakang

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Jackson & Hokowhitu 2002, m/s. 70.
  2. ^ Haka is also the plural form in Māori Diarkibkan 20 Julai 2011 di Wayback Machine
  3. ^ "Haka, Maori dance". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 26 April 2017.
  4. ^ Simon 2015.
  5. ^ Hunt 2015.
  6. ^ "Kapa haka in mainstream schools – Affirming Māori students as Māori". SchoolNews – New Zealand (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Jun 2018.
  7. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*sakaŋ: bow-legged". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 12 Julai 2022.
  8. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*-kaŋ₁: walk with legs wide apart". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 12 Julai 2022.

Pautan luar

sunting

Templat:Tunas-New-Zealand