Haji widak
Haji Wida' atau Haji Wada' atau Hajjatul-Wada' (Arab: حجة الوداع , Haji Perpisahan) ialah ibadah haji yang dilakukan oleh Muhammad pada bulan Zulhijjah 10 Hijrah. Nabi Muhammad menyampaikan khutbah terakhirnya pada haji terakhir ini sebelum wafat.[1]
Perjalanan haji Nabi Muhamad
suntingHaji Wida' adalah satu-satunya ibadah haji yang dikerjakan oleh Nabi Muhammad selepas dilantik menjadi Rasul. Berita Nabi Muhammad hendak pergi mengerjakan haji pada 10 Hijrah, maka ramai yang mahu mengikutnya. Dianggarkan 24 000 orang. Selama 10 tahun Nabi Muhammad tinggal di Madinah, tidak pernah mengerjakan haji kecuali pada tahun 10 Hijrah. Baginda bergerak dari Madinah pada hari Sabtu petang selepas Zuhur, Sabtu 25 Zulkaedah 10H bersamaan 22 Februari 632 M. Pada hari Ahad 4 Zulhijah bersamaan 1 Mac 632M baginda mandi dan melakukan Solat Sunat Dhuha untuk memasuki kota Makkah. Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa 9 hari. Pada hari Jumaat 9 Zulhijah bersamaan 6 Mac 632M mereka meneruskan perjalanan ke Arafah.
Peserta rombongan
suntingAntara peserta rombongan Nabi Muhammad ialah Abu Bakar as Siddiq, Aisyah binti Abu Bakar, Asma binti Abu Bakar, Safuan bin al-Mu'attal, Saad bin Ubadah, Saudah, Ummu Habibah, Umu Salamah, Safiah, Muawiyah bin Abi Sufian, Asma' binti Umais dan lain-lain. Isteri Abu Bakar iaitu Asma' binti Umais telah melahirkan anak lelaki semasa dalam perjalanan ke Mekah iaitu di Zul Hulaifah. Bayi itu dinamakan Muhammad bin Abu Bakar. Bayi itu turut mengerjakan haji.[2]
Nabi Muhammad mengerjakan tawaf mengelilingi Baitullah dengan menunggang unta. Kemudian melambai ke arah Hajar Aswad dengan tongkat. Baginda pergi ke Telaga Zam-Zam dan minum dalam keadaan berdiri.[3] Nabi Muhammad berada di Mekah selama 18 hari dan sepanjang hari itu baginda hanya mengerjakan solat qasar sahaja.
Selepas tawaf
suntingSelepas tawaf wida, jemaah hanya boleh melakukan solat sunat, mengucup Hajar Aswad dan berdoa, malah sekiranya berhenti mengambil gambar juga boleh menyebabkan tawaf wida jemaah terbatal dan wajib melakukannya semula atau membayar dam.[4]
Rujukan
sunting- ^ Semarakkan sambutan Aidiladha Utusan Malaysia
- ^ "Sabtu 26-11-10 H 22-2-632 M". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-04. Dicapai pada 2021-09-27.
- ^ "Masjidilharam: Tawaf Ifadhah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-04. Dicapai pada 2021-09-27.
- ^ Dilarang rakam gambar selepas tawaf wida.