Tuan Guru Haji Omar Zuhdi ialah seorang ulama di Malaysia. Beliau ialah pengasas sekolah pondok di Baling, Kedah, Madrasah Misbahul Falah atau Pondok Lanai.[1]

Tuan Guru

Haji Omar Zuhdi
Kelahiran
Omar bin Salleh

(1919-11-24)24 November 1919
Pengkalan Chepa, Kelantan
Meninggal dunia22 Disember 1994(1994-12-22) (umur 75)
Kampung Parit Panjang, Baling, Kedah
Terkenal keranaPengasas sekolah pondok Madrasah Misbahul Falah (Pondok Lanai), Kedah
Anak-anakHizbur Rahman Omar Zuhdi

Latar belakang

sunting

Haji Omar Zuhdi atau nama sebenarnya Omar bin Salleh dilahirkan pada 24 November 1919 (bersamaan 2 Rabiulawal 1338) di Kampung Chekok, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Pendidikan

sunting

Beliau mula mengaji dengan Tuan Guru Haji Abdul Ghani, Pondok Pulau Berangan sebelum ke Pondok Pisang, Kelantan berguru dengan Haji Ali Solahuddin ketika berusia 12 tahun.

Pada usia 17 tahun, beliau telah mengembara ke Kedah menuntut ilmu di empat buah pondok iaitu bersama Tuan Guru Haji Wan Ibrahim (Pak Cu Him) di Pondok Gajah Mati; Tuan Guru Haji Sulong di Pondok Cemara, Jeniang selama setahun; Syeikh Uthman Jalaluddin Penanti al-Kalantani di Pondok Penanti dan Tuan Guru Haji Yahya Taha di Pondok Kampung Pisang. Beliau kemudian menyambung pengajian ke Mekah.

Ketika di Mekah beliau menuntut dengan 10 ulama ternama antaranya ialahSyeikh Muhammad Ali al-Maliki, Syeikh Mukhtar Athar, Syeikh Hassan al-Masyath, Sheikh Almi dan ulama berasal dari tanah Jawa iaitu Syeikh Afnan al-Jawwa dan Sheikh Kodir.

Beliau diberi gelaran Zuhdi atas sifat zuhud beliau oleh seorang gurunya yang bernama Syeikh Abdul Rahman Jabad iaitu seorang ulama' Sufi di Mekah.[2]

Membuka pondok

sunting

Pada 1958, beliau telah membuka sebuah sekolah pondok di Kampung Banggol Berangan, Baling, Kedah dan memberinya nama Madrasah Misbahul Falah.

Pendirian

sunting

Peristiwa Memali

sunting

Pada 1985, berlakunya peristiwa penganiayaan politik sehingga berlakunya pertumpahan darah di Memali, Kedah. Haji Omar Zuhdi dan beberapa ulama lain telah berkumpul di Pondok Lanai dan membuat keputusan untuk mengisytiharkan 13 orang warga yang terbunuh daripada peristiwa tersebut sebagai mati syahid.[3][4][1]

Meninggal dunia

sunting

Haji Omar Zuhdi meninggal dunia pada 22 Disember 1994 ketika berusia 75 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Kampung Parit Panjang, Baling.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Pondok Lanai, saksi perjuangan melawan Umno | The Malaysian Insight". www.themalaysianinsight.com. Dicapai pada 2024-11-05.
  2. ^ "Omar Zuhdi Salleh". Ilmuan. Dicapai pada 5 November 2024.
  3. ^ Salleh, Syahirah (2022-11-19). "19 Nov, ulang tahun tragedi berdarah Memali". Harakahdaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-05.
  4. ^ Mohamad, Kamaruzaman (2009-10-27). "Tragedi Memali bukan ajaran sesat". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-11-05.

Pautan luar

sunting