Hairul Sofian
Hairul Sofian atau nama penuhnya Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian ialah seorang usahawan animasi dan Penerbit Eksekutif Malaysia. Beliau ialah pengasas dan CEO, Warnakala Studios, yang ditubuhkan pada 2021. Beliau sebelum ini ialah pengasas bersama Digital Durian.
Hairul Faizal | |
---|---|
Kelahiran | Hairulfaizalizwan bin Ahmad Sofian 1982 (umur 41–42) |
Pendidikan | Ijazah Jurusan Multimedia |
Pusat pendidikan | Universiti Utara Malaysia (UUM) |
Pekerjaan | Penerbit Eksekutif, Usahawan Animasi |
Tahun aktif | 2008–kini |
Karya terkenal |
|
Kehidupan peribadi
suntingHairulfaizalizwan dibesarkan di Kuala Terengganu dan bapa beliau ialah seorang pendidik.[1] Beliau merupakan graduan jurusan Multimedia di Universiti Utara Malaysia (UUM). Pada tahun 2011, beliau berkahwin dengan gadis pilihan beliau yang merupakan seorang graduan Universiti Multimedia (MMU) yang mempunyai kelulusan dalam Filem & Animasi. Isterinya banyak membantunya dalam industri yang diceburinya kerana mempunyai kelayakan dan minat yang sama.[perlu rujukan]
Kerjaya
suntingPada tahun 2008, Hairulfaizalizwan bersama-sama rakan sekolahnya telah menubuhkan Digital Durian yang pada mulanya hanya memfokuskan kepada perkhidmatan multimedia seperti kandungan e-pembelajaran, video multimedia, animasi 3D untuk industri korporat dan sebagainya. Kemudian, mereka menerokai pasaran perniagaan kepada pengguna dengan Durian Kahwin, platform dagangan perkahwinan sehenti untuk kad jemputan dan cenderamata yang diberi nama Style Weddings.
Namun, mereka menyedari bahawa ini bukan minat mereka dan tidak berjaya meneruskannya. Pada tahun 2012, Digital Durian dianugerahkan geran RM50,000 selepas mengambil bahagian dalam Cabaran Pencipta Harta Intelek (IPCC) anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Didi & Friends The Science Explorers terpilih sebagai pemenang.
Selepas 13 tahun berkhidmat di Digital Durian, Hairulfaizalizwan meninggalkan syarikat tersebut selepas melepaskan saham 50 peratus miliknya kepada rakan pengasasnya dan menubuhkan Warnakala Studios pada April 2021. Syarikat ini memperoleh hak pemilikan Didi & Friends sepenuhnya daripada Digital Durian[2] secara sah mengikut undang-undang serta persetujuan yang dipersetujui bersama.
Filemografi
suntingTelevisyen
sunting- Didi & Friends (2012–kini)
- Didi & Friends Junior (2022)
- Didi & Friends Rescue Squad (2022–2023)
- Didi & Friends Kembara Muzikal (2023-2024)
- Makania Season 1 (2023)
- Makania Season 2 ( 2024)
- Oga & Friends Season 1 (2024)
- Jazmine (2024)
Filem
sunting- Didi & Friends The Movie (23 Februari 2023)
Orkestra
sunting- Didi & Friends bersama MPO: Mana Bingo (22 Oktober 2022)
Rujukan
sunting- ^ "Di sebalik Didi & Friends". Utusan Malaysia. 27 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2017. Dicapai pada 4 April 2018.
- ^ Izwan Isa (14 Disember 2021). Didi & Friends Kini Diterajui Oleh Warnakala Studios Astro Gempak. Dicapai pada 1 Oktober 2022.