Hafeez Mikail
Muhd Hafiz Muhd Zaki (lahir 8 Ogos 1992) atau lebih dikenali sebagai Hafeez Mikail ialah pelakon dan model lelaki Malaysia.[1][2][3] Memulakan kerjaya dalam dunia hiburan tanah air pada 2010, beliau terkenal menerusi watak Tengku Zarul dalam drama Hati Perempuan, Megat Wakeel dalam drama Tiada Arah Jodoh Kita dan AJ dalam Kenyalang I'm In Love. Pada 6 Mei 2023, beliau selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya Noor Azira Azman.
Hafeez Mikail | |
---|---|
Kelahiran | Muhd Hafiz bin Muhd Zaki 8 Ogos 1992 Taman Melati, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik & Multimedia |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2010–kini |
Pasangan | Noor Azira Azman (k. 2023) |
Kehidupan awal
suntingMuhammad Hafiz bin Muhammad Zaki dilahirkan pada 8 Ogos 1992 di Taman Melati, Kuala Lumpur.[4]
Beliau bersekolah di SMK Taman Melawati, Hafeez ialah seorang pelajar yang tidak menggemari subjek matematik. Beliau sempat membintangi drama Blogger Boy dan iklan Petronas sebelum menceburi kerjaya di awan biru sama seperti ibunya. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Rekaan Grafik dan Multimedia di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam.
Kerjaya
suntingHafeez pernah bekerja sebagai pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) selama 2 tahun, dari 2010 hingga 2012 dan pernah berkhidmat sebagai penolong jurulatih Helang Buana.[5]
Selepas membuat penampilan singkat dalam Blogger Boy dan menamatkan kerjayanya di MAS; pada 2013, Hafeez memegang watak sebagai Jeff dalam drama Janji Adam yang bersiaran di TV3, seterusnya membintangi dua telefilem, iaitu Korban Kasih dan Banglo Seksyen 2.
Pada tahun 2014, Hafeez berlakon dalam dua drama, bermula dengan drama adapatsi novel, Kerana Terpaksa Aku Relakan di TV3 lakonan Amar Baharin dan Izreen Azminda, memegang watak sebagai Safuan, seterusnya memegang watak Kimi dalam Ride di TV9. Kejayaannya hadir pada 2015 apabila memegang watak Tengku Zarul dalam Hati Perempuan yang dibintangi oleh Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan. Sebelum Hati Perempuan, Hafeez terlebih dahulu membintangi drama Puteri Bukan Nama Sebenar dengan menjayakan watak Mikail.
Kerjaya filem Hafeez bermula apabila ditawarkan membintangi filem pertamanya, Busker (2018) arahan Syed Khairul Faiz lakonan bersama Daiyan Trisha, Mas Khan dan Bulan Terry.[6] Menerusi filem ini, beliau telah dicalonkan bagi kategori Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia ke-30. Beliau kemudian melancarkan single pertamanya, "Rahsia".
Hafeez kemudian menjayakan watak utama bersama Ain Edruce dalam Kenyalang I'm In Love yang menjalani penggambaran di Sarawak. Beliau seterusnya menjadi salah seorang pelakon utama drama Vila Ghazara yang antara lain turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, beliau memegang watak sebagai Dazrin.
Hafeez seterusnya berlakon bersama Hisyam Hamid dan Aprena Manrose dalam drama Hatimu Sedingin Salju yang mana beliau memegang watak sebagai Nabil.[7][8]
Kehidupan peribadi
suntingHafeez Mikail mendedahkan pada Januari 2019 bahawa semua laman media sosial miliknya telah digodam.[9]
Hafeez telah bertunang dengan Noor Azira Azman pada 24 Disember 2022.[10] Pasangan ini berkahwin pada 6 Mei 2023.[11][12]
Filemografi
suntingFilem
suntingTajuk | Tahun | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Busker[13] | Adil | Filem pertama |
2019 | Banglo No. 99 | ||
2022 | Seratus | Kamal | |
2025 | Game Of Life | ||
TBA | Sabung |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2010 | Blogger Boy | Shauki | 8TV |
2013 | Janji Adam | Jeff | TV3 |
2014 | Kerana Terpaksa Aku Relakan | Safuan | TV3 |
Ride | Kimi | TV9 | |
2015 | Puteri Bukan Nama Sebenar | Mikail | TV3 |
Hati Perempuan | Tengku Zarul | ||
2016 | Dia Semanis Honey | Hanafi | Astro Ria |
Satu Cinta | Syed Irfan | TV1 | |
Lara Terindah | Faiz | TV3 | |
Samudera Rindu | Norman | TV9 | |
2017 | Semusim Rindu | Ringgo | Astro Prima |
Cinta Di Langit Cardiff | Imran | TV2 | |
My Coffee Prince | Hafeez | Astro Ria | |
2018 | Tiada Arah Jodoh Kita | Megat Wakeel | TV3 |
Kenyalang I'm In Love | Ahmad Jefri (AJ) | ||
Vila Ghazara | Dazrin | ||
Mata Ketiga | Faizul | Tonton | |
2019 | 3 Gadis Manis (Musim 3) | Dafi | Astro Gempak |
Wanita Yang Dikasihi | Anuar | TV1 | |
Qada dan Qadar | Qada | playtv@unifi | |
Demi Rindumu | Muzaffar | Astro Ria | |
2021 | Kisah Mr. Cinderella | Affan | TV Okey |
Hatimu Sedingin Salju | Nabil | TV3 | |
Nora | Iman | ||
2022 | Suamiku Lelaki Pendosa | Hael Idris | |
Guard Komando | Naim | TV9 | |
2023 | One Million Dollar Voice | Jahar | Astro Ria |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Korban Kasih | Hakim | TV3 |
Banglo Seksyen 2 | Faizal | Astro Ria | |
2014 | Misah Tarzan Hajar Runcit | Mizun | TV9 |
Wak Sayang Lue | Aril | Astro Maya HD | |
Cikgu Gangster | Rayyan | Astro Ria | |
2015 | Sayang Suria | Raykal | TV3 |
Cinta Suci Jadi Saksi | Fidot | Astro Ria | |
Kubur Berdarah | Zaid | ||
2016 | Jangan Pergi | Syawal | TV9 |
Baju Berkancing Peniti | Zali | TV3 | |
Peluang Kedua | Atan | TV1 | |
Ustaz Korea Sebelah Rumah | Zamri | Astro Ria | |
2017 | Tesis Cinta Untuk B | Rudy | TV2 |
Sekali Kulafazkan Cinta | Aqil | ||
Kesempatan Kedua | Taufiq | TV3 | |
2018 | Radio Buruk | Zambri | TV1 |
Penjara Abah | Amri | Astro Citra | |
Daffodil Lara | Ilham | TV2 | |
Raya Tina Raya Timah | Ramli | ||
2019 | Bukan Lelaki Biasa | TV1 | |
Suka Dia Ya Suka Dia Tak | Aryan | RTM | |
2020 | Formula Cinta | Addan | |
Romeo Gagap | Badrul | ||
Kelir | Lokman | ||
Makbul | Along | TV3 | |
2021 | Bilal Gantian | Azad | TV1 |
2022 | Lara Semalam | TV2 |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Saluran | Catatan |
---|---|---|---|
2015 | Hati Perempuan Twitter Takeover | TV3 | |
2017 | Perang Bibir | TV3 | Episod 6, 10 |
hLive Special: Semusim Rindu | Astro Ria | ||
hLive! | Astro Awani | Adil, 30 Disember | |
2018 | Unplugged | Astro Ria | Episod 46, 8 Januari |
hLive! | Astro Awani | Busker, 9 Januari | |
MeleTOP | Astro Ria | Episod 271, 16 Januari | |
CCTV | Astro Ria | Busker, 22 Januari | |
Trek Selebriti | Astro Ria | 25Jan | |
Huru Hara | HyppTV | 27Jan | |
Instafamous Battle | Hurr.tv | Episod 15, 28 Februari | |
Instafamous Takeover | Hurr.tv | Episod 2, 30 Mac | |
I Can See Your Voice Malaysia | NTV7 | Episod 12, 20 Oktober |
Iklan
suntingTahun | Tajuk | Klien |
---|---|---|
2010 | Kereta Buruk | Petronas |
2018 | #TERMAKBUL Sebuah Impian | Digi Telecommunications |
Nova 3i | Huawei |
Diskografi
suntingTajuk | Penyanyi | Catatan |
---|---|---|
Atma Jiwa | Simfoni Dalam Poket | #BUSKERTHEMOVIE, MV |
Semak | Simfoni Dalam Poket | #BUSKERTHEMOVIE, MV |
Ingin Selalu | Hafeez Mikail | OST Digi #Termakbul, MV |
Konfessi (Aku Mohon) | Morning Glory | MV |
Alamak | Simfoni Dalam Poket | #BUSKERTHEMOVIE |
Selamat Tinggal Kekasih Lama | Simfoni Dalam Poket | #BUSKERTHEMOVIE |
Mogok Tenteram | Simfoni Dalam Poket | #BUSKERTHEMOVIE |
Slumber | Simfoni Dalam Poket | #BUSKERTHEMOVIE |
Doa Untuk Kekasih | Simfoni Dalam Poket | #BUSKERTHEMOVIE |
Rahsia | Hafeez Mikail | 27Sept2018 |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2019 | Festival Filem Malaysia ke-30 | Pelakon Lelaki Harapan | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ Aida Rismariza Kamaruddin (25 Januari 2017). "Rezeki di mana-mana - Hafeez". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-27. Dicapai pada 18 Disember 2017.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (20 November 2017). Hafeez Mikail Jawab Hubungan Dengan Daiyan mStar Online. Dicapai pada 11 Januari 2018.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Disember 2017). ""Itu Saja Kemampuan Saya" – Hafeez Mikail". mStar Online. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
- ^ Ifqdar Rahman (15 Januari 2018). Busker peluang Hafeez Mikail menyerlah Diarkibkan 2018-05-13 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Januari 2018.
- ^ Ifqdar Rahman (21 Ogos 2014). Hafeez Mikail bukan adik-adik Diarkibkan 2018-05-13 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Januari 2018.
- ^ Rozaimi Zubaidi (11 Januari 2018). Berlakon filem pertama, Hafeez Mikail berdebar tunggu reaksi penonton Astro Gempak. Dicapai pada 25 Januari 2018.
- ^ Mohammad Shahemy Azmi (30 Jun 2021). "Lakonan semakin terbatas - Hafeez Mikail". Kosmo!. Dicapai pada 10 Ogos 2021.
- ^ Ali Toupan Rajalee (25 Jun 2021). "Hafeez Mikail sedar diri tak 'famous', pengikut rendah - "Satu hari nanti nama akan 'fade away'... takkan laku"". mStar Online. Dicapai pada 10 Ogos 2021.
- ^ Semua akaun media sosial milik Hafeez Mikail digodam mStar Online (28 Januari 2019). Dicapai pada 29 Januari 2019.
- ^ Farol Hadi (25 Disember 2022) "Hafeez Mikail kini tunangan orang, minta bakal isteri bersedia ‘cabaran’ kahwin artis". mStar.
- ^ Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi (7 Mei 2023). "Pelakon Hafeez Mikail kini suami Noor Azira". Kosmo!. Dicapai pada 20 Mei 2023.
- ^ "'Alhamdulillah' - Pelakon Hafeez Mikail kini suami Noor Azira". Astro Awani. 7 Mei 2023. Dicapai pada 20 Mei 2023.
- ^ ‘Busker’: A modern love story made with all the right tunes Diarkibkan 2018-05-22 di Wayback Machine Star2 (13 Januari 2018). Dicapai pada 13 Januari 2018.