Hadrah
Hadrah dipercayai antara bentuk permainan yang paling awal di Perlis dan bermula sejak 1910 lagi.
Permainan hadrah ini, dikatakan berasal daripada permainan orang yang sesat di dalam hutan yang menyanyi supaya suaranya didengar orang.
Jumlah ahli persembahan hadrah tidak ditetapkan dan pada kebiasaannya antara 10 hingga 13 orang. Lagu-lagu yang sering dinyanyikan dalam hadrah ialah Selamat Datang, Ampun Tuanku, Ayuhai Lakampare, Khadami, Yas Sare, Fatimah Eto, dan Perpaduan. Isi lagu-lagu hadrah ini bercampur-campur temanya.
Alat muzik yang mengiringi permainan hadrah ialah gendang, gong, dan biola. Pakaian pemain-pemain hadrah adalah pakaian Melayu bagi lelaki dan baju kebaya, baju kurung, bandung pesak dan berselendang bagi perempuan. Pada masa dahulu, Hadrah berfungsi sebagai acara ritual dan keagamaan. Kini hadrah berfungsi sebagai hiburan lebih daripada fungsi-fungsi yang lain.
Pautan luar
sunting- Hadrah di DBP. Diarkibkan 2007-05-02 di Wayback Machine