HD DVD

(Dilencongkan daripada HD-DVD)

Cakera HD DVD direka sebagai salah satu format standard DVD. Ia dapat menyimpan tiga kali ganda lebih data berbanding pesaingnya. (15 GB setiap lapisan berbanding 4.7 GB) standard HD DVD di keluarkan secara kerjasama di antara pengeluar barangan elekronik serta syarikat komputer, diketuai oleh Toshiba. Pada 19 November 2003, Forum DVD telah mengundi untuk menjadikan HD DVD sebagai standard DVD. Mesyuarat ini juga turut menamakan semula HD DVD. Format ini sekarang dinamakan "Advanced Optical Disc" (AOD).

HD DVD
Bahagian belakang HD DVD
Jenis mediaCakera optik berketumpatan tinggi
PengekodanVC-1, H.264, dan MPEG-2
Kapasiti15 GB (lapisan tunggal)
30 GB (dwilapisan)
Mekanisme baca405 nm laser:
1× @ 36 Mbit/s & 2× @ 72 Mbit/s
Mekanisme tulis405 nm laser:
1× @ 36 Mbit/s & 2× @ 72 Mbit/s
Dibangunkan olehDVD Forum
Toshiba
KegunaanSimpanan data, video definisi tinggi 1080p
Diperluas daripadaDVD-Video
Diperluas kepadaCakera Blu-ray
Dikeluarkan31 Mac 2006; 18 tahun yang lalu (2006-03-31)
DihentikanMac 2008; 16 tahun yang lalu (2008-03)
Sekeping HD DVD dengan kebolehan 30GB

Pada CES 2006, Microsoft mengumumkan akan ada tambahan luaran pada pemain HD DVD untuk console permainan Xbox 360 ; ia akan dikeluarkan menjelang November 2006. Juga pada CES [1]2006, Syarikat pengeluar berkata hampir 200 tajuk akan berada dipasaran menghujung tahun ini.

Pada 31 Mac, 2006, Toshiba telah memasarkan pemain HD DVD di Jepun pada harga ¥110,000 ($934).[2] HD DVD telah dipasarkan di Amerika Syarikat pada 18 April 2006,[3] Pada harga $499 and $799.

Spesifikasi untuk HD DVD-ROM and HD DVD-Rewritable adalah versi 1.0. Spesifikasi untuk HD DVD-R adalah pada 0.9. Pemain HD DVD-ROM dijangkakan pada akhir 2006, dengan pengeluaran dijangka bermula awal 2007.

Pada 19 Februari 2008, Toshiba mengumumkan secara rasmi keputusan untuk memberhentikan pemajuan, pengeluaran dan pemasaran pemain dan perakam HD DVD, maka menamatkan perang format menentang Blu-ray Disc. [1]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Toshiba Announces Discontinuation of HD DVD Businesses". Toshiba Press Department. 2008-02-19. Dicapai pada 2008-02-19.

Pautan luar

sunting