Gabriella Sarmiento Wilson (lahir 27 Jun 1997), lebih dikenali sebagai H.E.R. (disebut "her", singkatan Having Everything Revealed), ialah seorang penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat.[1][2][3] Sebelum terkenal sebagai H.E.R., Wilson mula dikenali semasa menyertai dalam rancangan stesen Radio Disney Next Big Thing pada 2009. Beliau kemudian menandatangani kontrak dengan label rakaman RCA Records pada usia 14 tahun dan melancakan single "Something to Prove" dengan menggunakan nama sebenarnya pada 2014.[4]

H.E.R.
H.E.R. pada 2019
Latar belakang
Nama lahirGabriella Sarmiento Wilson
Kelahiran (1997-06-27) 27 Jun 1997 (umur 27)
Vallejo, California, Amerika Syarikat
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
Instrumen
  • Vokal
  • gitar/piano
Tahun aktif2009–kini
Syarikat rakaman
  • RCA
  • MBK Entertainment
Pengkarya berkait
Laman sesawang
https://everythingrevealed.her-official.com/

Wilson muncul kembali pada 2016 dengan nama H.E.R., dan melancarkan EP perdananya berjudul H.E.R. Volume 1. Selepas itu, beliau melancarkan lanjutan EP sebelumnya, H.E.R. Volume 2 (2017), The B Sides (2017), I Used to Know Her: The Prelude (2018), dan I Used to Know Her: Part 2 (2018). Album kompilasi sulungnya, H.E.R. dikeluarkan pada Oktober 2017, terdiri dari lagu-lagu lama dari dua album EP terawalnya dengan tambahan enam lagu. H.E.R. dicalonkan dalam lima kategori Anugerah Grammy bagi yang ke-61 pada 2019, memenangi Penampilan R&B Kontemporari Terbaik dan Album R&B Kontemporari Terbaik.[5]

Pada tahun 2020, beliau dicalonkan dalam lima kategori Anugerah Grammy bagi edisi ke-62, termasuk Album of the Year untuk I Used to Know Her dan Song of the Year untuk "Hard Place".[6]

Rujukan

sunting
  1. ^ Fedaku, Mesfin (7 November 2018). "Doing It H.E.R. Way: Singer Gabi Wilson Emerges From Shadows". Los Angeles: KNBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2019. Dicapai pada 21 Julai 2020.
  2. ^ Robehmed, Natalie (14 November 2017). "Yes, R&B Sensation H.E.R. Is Gabi Wilson". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2018. Dicapai pada 21 Julai 2020.
  3. ^ Kellman, Andy. "H.E.R. Biography". AllMusic. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2019. Dicapai pada 21 Julai 2020.
  4. ^ Natalie Robehmed, "Yes, R&B Sensation H.E.R. Is Gabi Wilson Diarkibkan 9 November 2018 di Wayback Machine", Forbes, 14 November 2017. (dicapai pada 21 Julai 2020).
  5. ^ "Grammys 2019 Nominees: The Complete List". Billboard. 7 Disember 2018. Dicapai pada 21 Julai 2020.
  6. ^ "BET Awards 2019 | BET Her | Nominees". BET.com. Dicapai pada 21 Julai 2020.

Pautan luar

sunting