Gunung Tongkoko
Gunung Tongkoko | |
Maklumat ringkas | |
Negara | Indonesia |
Negeri | {{{Negeri}}} |
Daerah | {{{Daerah}}} |
Mukim | {{{Mukim}}} |
Kampung | {{{Kampung}}} |
Jenis gunung | Strato-gunung berapi |
Taraf gunung | Sejarah |
Letupan terakhir | 1880 |
Tinggi | 1,149 meter 3,770 kaki |
Koordinat | 1.52°U 125.20°T |
''''' |
Gunung Tongkoko, juga dikenali sebagai Gunung Tangkoko, ialah sebuah gunung berapi yang terletak di bahagian paling timur laut Pulau Sulawesi. Kemuncaknya yang panjang dan berorientasi barat laut-tenggara mempunyai sebuah kawah yang besar dan dalam. Pada tahun 1801, kawah itu mengandungi sebuah kerucut yang dikelilingi oleh air tasik.
Gunung Tongkoko meletup pada abad ke-17 dan sekali lagi pada tahun 1801. Kubah lava yang dibentukkan di lereng timur gunung ini pada tahun 1801, bersama-sama dengan lohong yang bersebelahan telah mengakibatkan kesemua letupan yang kemudian.
Gunung Dua Saudara, sebuah strato-gunung berapi yang tinggi sedikit, terletak hanya tiga kilometer di barat daya Gunung Tongkoko. Bersama-sama, kedua-dua gunung berapi ini merupakan ciri yang paling ketara bagi Taman Negara Gunung Dua Saudara, sebuah rizab hidupan liar.