Gunnar Nordahl
Nils Gunnar Nordahl (19 Oktober 1921 – 15 September 1995)[1] merupakan seorang bekas pemain bola sepak Sweden yang bermain di posisi penyerang. Beliau dikenali sebagai seorang penyerang berprolifik, kuat dan berfizikal tinggi. Beliau menjadi terkenal apabila menyarung jersi AC Milan dari tahun 1949 hingga 1956 sambil meraih dua gelaran scudetto dan gelaran pluricapocannoniere. Pada masa itu, beliau menjadi penerima pertama anugerah itu apabila dinobatkan sebagai penjaring terbanyak (Capocannonieri) buat lima musim. Nordahl juga merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Milan dan memegang rekod gol terbanyak untuk satu kelab di liga Itali sebelum rekod itu dikejutkan Francesco Totti pada Januari 2012. Nordahl dilihat salah satu pemain bola sepak Sweden terhebat sepanjang zaman dan dianggap salah satu penyerang terhebat dalam sejarah bola sepak.[2]
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Nils Gunnar Nordahl | ||
Tarikh lahir | 19 Oktober 1921 | ||
Tempat lahir | Hörnefors, Sweden | ||
Tarikh kematian | 15 September 1995 | (umur 73)||
Tempat kematian | Alghero, Itali | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1937–1940 | Hörnefors IF | 41 | (68) |
1940–1944 | Degerfors IF | 77 | (56) |
1944–1949 | IFK Norrköping | 95 | (93) |
1949–1956 | Milan | 257 | (210) |
1956–1958 | Roma | 34 | (15) |
Jumlah | 504 | (442) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1942–1948 | Sweden | 33 | (43) |
Pasukan diurus | |||
1958–1959 | AS Roma (pemain-pengurus) | ||
1959–1961 | Karlstads BIK | ||
1961–1964 | Degerfors IF | ||
1967–1970 | IFK Norrköping | ||
1971–1973 | IF Saab | ||
1974 | IK Sleipner | ||
1975–1976 | Östers IF | ||
1977–1978 | AIK Fotboll | ||
1979–1980 | IFK Norrköping | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Kerjaya kelab
suntingSweden
suntingNordahl memulakan kerjayanya di kelab Hörnefors IF di Sweden sebelum berpindah ke Degerfors IF dan kemudian IFK Norrköping. Beliau memenangi empat kejuaraan Sweden bersama Norrköping dan pernah menjaringkan tujuh gol dalam satu perlawanan. Ketika beliau beraksi di Sweden, Nordahl telah menjaringkan 149 gol dalam 172 perlawanan.
Itali
suntingNordahl melakukan perpindahan ke Milan pada 22 Januari 1949. Kemudian, beliau bergandingan dengan rakan sepasukan dari negara tanah airnya, Gunnar Gren dan Nils Liedholm untuk membentuk trio Gre-No-Li. Selama empat musim di Milan, beliau menjadi penjaring terbanyak liga sebanyak lima kali (1949–50, 1950–51, 1952–53, 1953–54 dan 1954–55).[3][4] Nordahl merupakan penjaring terbanyak Milan sepanjang zaman sebanyak 210 gol liga. Nordahl juga penjaring gol kedua terbanyak Serie A sepanjang zaman dengan mencetak 225 gol dalam 291 perlawanan.[5][6][7][8] Hanya Silvio Piola menjaringkan lebih banyak gol dalam sesatu musim[9] sehinggakan Francesco Totti memecah rekod itu pada Mac 2013. Oleh sebab itu, Nordahl menjadi penjaring terbanyak Serie A di kalangan pemain bukan dari negara Itali. Beliau juga merupakan penjaring gol efisien di Serie A dengan 0.77 gol per perlawanan.
Selepas meninggalkan Milan, Nordahl bermain untuk Roma buat dua musim. 35 gol disumbat Nordahl pada musim 1949-50 menjadikan sebagai rekod gol terbanyak dihasilkan dalam satu-satu musim Serie A (tidak termasuk Divisione Nazionale sebelum Serie A diperkenalkan). Tetapi rekod itu telah dikejutkan Gonzalo Higuaín pada musim 2015–16 yang menjaringkan 36 gol. Nordahl dianggap pada generasi hari ini sebagai seorang legenda buat kelab Milan. Apabila bekas penyerang Milan, Andriy Shevchenko menjaringkan gol ke-100nya di Serie A, seorang penyokong Milan komen: "Andai dia dapat gandakan nombor itu, dan tambahkan 26 lagi, kemudian beliau baru berjaya melepasiIl Cannoniere."
Kerjaya antarabangsa
suntingNordahl dipanggil oleh pasukan kebangsaan Sweden pada 1945. Pada 1948, beliau membantu Sweden untuk memenangi kejohanan bola sepak di Sukan Olimpik 1948 di London selain menjadi penjaring terbanyak kejohanan. Pasukan Sweden juga memanggil adik beradiknya, Bertil dan Knut Nordahl.[10] Perpindahan Nordahl ke Milan memaksanya untuk bersara dari pasukan kebangsaan sebagai peraturan pada masa itu untuk menghalang pemain-pemain profesional Sweden dari menyertai Piala Dunia FIFA 1950 bersama dua rakannya, Gren dan Liedholm. Dalam 33 perlawanan untuk pasukan kebangsaan Sweden, beliau menjaringkan jumlah 43 gol.[11]
Gol antarabangsa
suntingGol antarabangsa oleh Gunnar Nordahl | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
# | Tarikh | Lokasi | Lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
28 Jun 1942 | Copenhagen, Denmark | Denmark | Persahabatan | |||
4 Oktober 1942 | Solna, Sweden | Denmark | ||||
20 Jun 1943 | Copenhagen, Denmark | Denmark | ||||
12 September 1943 | Solna, Sweden | Hungary | ||||
2–1 | ||||||
7 November 1943 | Budapest, Hungary | Hungary | ||||
2–5 | ||||||
24 Jun 1945 | Solna, Sweden | Denmark | ||||
1 Julai 1945 | Copenhagen, Denmark | Denmark | ||||
30 September 1945 | Solna, Sweden | Denmark | ||||
21 Oktober 1945 | Solna, Sweden | Norway | 1–0 | 10–0 | ||
2–0 | ||||||
7–0 | ||||||
9–0 | ||||||
7 Julai 1946 | Solna, Sweden | Switzerland | ||||
6 Oktober 1946 | Gothenburg, Sweden | Denmark | ||||
15 Jun 1947 | Copenhagen, Denmark | Denmark | ||||
0–2 | ||||||
26 Jun 1947 | Solna, Sweden | Denmark | ||||
28 Jun 1947 | Helsingborg, Sweden | Norway | 1–1 | 5–1 | ||
2–1 | ||||||
3–1 | ||||||
4–1 | ||||||
24 Ogos 1947 | Borås, Sweden | Finland | 2–0 | 7–0 | ||
4–0 | ||||||
5–0 | ||||||
14 September 1947 | Solna, Sweden | Poland | ||||
4–2 | ||||||
15 Oktober 1947 | Solna, Sweden | Norway | ||||
3–1 | ||||||
19 September 1947 | London, England | England | ||||
8 Ogos 1948 | London, England | Austria | Sukan Olimpik 1948 | |||
2–0 | ||||||
5 Ogos 1948 | London, England | Korea Selatan | 2–0 | 12–0 | ||
4–0 | ||||||
9–0 | ||||||
10–0 | ||||||
13 Oktober 1948 | London, England | Yugoslavia | ||||
19 September 1948 | Oslo, Norway | Norway | 1–1 | 3–5 | Persahabatan | |
2–2 | ||||||
2–3 | ||||||
2–4 | ||||||
2–5 |
Statistik kerjaya
suntingKelab | Musim | Liga | |
---|---|---|---|
Kmncln | Gol | ||
Hörnefors | 1937–38 | 14 | 20 |
1938–39 | 14 | 25 | |
1939–40 | 13 | 23 | |
Degerfors | 1940–41 | 17 | 15 |
1941–42 | 21 | 13 | |
1942–43 | 20 | 14 | |
1943–44 | 19 | 14 | |
Norrköping | 1944–45 | 22 | 27 |
1945–46 | 21 | 25 | |
1946–47 | 20 | 17 | |
1947–48 | 22 | 18 | |
1948–49 | 10 | 6 | |
Milan | 1948–49 | 15 | 16 |
1949–50 | 37 | 35 | |
1950–51 | 37 | 34 | |
1951–52 | 38 | 26 | |
1952–53 | 32 | 26 | |
1953–54 | 33 | 23 | |
1954–55 | 33 | 27 | |
1955–56 | 32 | 23 | |
Roma | 1956–57 | 30 | 13 |
1957–58 | 4 | 2 | |
Jumlah di Milan | 257 | 210 | |
Jumlah keseluruhan | 504 | 422 |
Penghargaan
suntingKelab
sunting- IFK Norrköping[12]
- Allsvenskan (4): 1945, 1946, 1947, 1948
- Piala Sweden (1): 1945
- Milan[13]
- Serie A (2): 1950–51, 1954–55
- Piala Latin (2): 1950–51, 1955–56
Antarabangsa
sunting- Sweden[14]
- Sukan Olimpik (1): 1948 (Pingat emas)
Individu
sunting- Pemain Bola Sepak Terbaik Sweden (1): 1947[15]
- Penjaring terbanyak Allsvenskan (4): 1943, 1945, 1946, 1948[16]
- Penjaring terbanyak Sukan Olimpik (1): 1948
- Penjaring terbanyak Serie A (5): 1950, 1951, 1953, 1954, 1955[17][18]
- A.C. Milan Hall of Fame[19]
Catatan
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gunnar Nordahl |
- Gunnar Nordahl – Classic Player profile Diarkibkan 2015-08-05 di Wayback Machine – [FIFA.com]
- List of Swedish Players and Coaches in Italy since 1945 – RSSSF
- Detail of international appearances and goals – by Roberto Mamrud, RSSSF
Kedudukan sukan | ||
---|---|---|
Didahului oleh Omero Tognon |
Kapten Milan 1954–1956 |
Diikuti oleh: Nils Liedholm |