Guangyun
Guangyun (Kuang-yun; Cina ringkas: 广韵 ; Cina tradisional: 廣韻 ; pinyin: Guǎngyùn; Wade-Giles: Kuang3-yün4; secara harfiahnya "Rima Lebar") ialah sebuah kamus rima bahasa Cina yang disusun sejak tahun 1007 sehingga ke tahun 1008 di bawah naungan Maharaja Song Zhenzong. Nama penuh kamus ini ialah Dà Sòng chóngxiū guǎngyùn (大宋重修廣韻 , secara harfiahnya bermaksud "Kitab Rima Empayar Song Agung yang disemak dan dikembangkan"). Chen Pengnian (陳彭年 , 961–1017) dan Qiu Yong (邱雍 ) merupakan ketua-ketua pengarang.
Kamus ini merupakan semakan dan kembangan kepada kamus rima Qieyun yang berpengaruh sejak tahun 601, dan kemudiannya disemak semula sebagai Jiyun. Sistem Pingshui Yun, piawai untuk rima puisi selepas Dinasti Song, juga berdasarkan Guangyun. Sehingga penemuan edisi awal Qieyun bertarikh abad ke-8 yang hampir lengkap pada tahun 1947, Guangyun merupakan catatan fonologi Qieyun yang paling tepat yang pernah tersedia, dan banyak digunakan dalam kerja awal rekonstruksi bahasa Cina Pertengahan. Buku ini masih lagi digunakan sebagai sumber utama.[1][2]
Guangyun mempunyai susunan hierarki yang serupa dengan Qieyun :
- Kamus ini dibahagikan kepada empat nada dalam lima jilid, dua bahagian untuk nada datar (平聲 ) pada bahasa Cina Pertengahan, dan setiap satu bahagian pula disediakan untuk tiga nada miring yakni, nada naik (上聲 ), nada tolak (去聲 ) dan nada sekat (入聲 ).
- Setiap nada dibahagikan kepada beberapa rima, dengan sejumlah 206 rima akhir, yang lebih tinggi bilangan rima tersebut berbanding 193 rima yang ada pada Qieyun.
- Setiap rima dibahagikan kepada kumpulan aksara homofon, dengan sebutan setiap kumpulan diberikan dalam bentuk fanqie.
Kamus ini mempunyai sejumlah 26,194 entri aksara, setiap satu mengandungi penjelasan ringkas tentang maksud aksara tersebut. [3]
Pangkalan data Unihan menggabungkan set data "SBGY" (Songben Guangyun ; "Guangyun edisi Dinasti Song") dengan 25,334 entri kepala untuk 19,583 aksara.[4]
Rujukan
sunting- ^ Baxter, William H. (1992). A Handbook of Old Chinese Phonology. Berlin: Mouton de Gruyter. m/s. 38–39. ISBN 978-3-11-012324-1..
- ^ Norman, Jerry (1988). Chinese. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 25. ISBN 978-0-521-29653-3.
- ^ Teng, Ssu-yü; Biggerstaff, Knight (1971). An Annotated Bibliography of Selected Chinese Reference Works (ed. 3rd). Cambridge, MA: Harvard University Press. m/s. 146. ISBN 978-0-674-03851-6.
- ^ Jenkins, John H. (2010). "Unicode Standard Annex #38: Unicode Han Database". Unicode Consortium.
Bibliografi
sunting- JACQUES, Guillaume (2015). "Traditional Chinese Phonology". Dalam Sybesma, Rint (penyunting). Encyclopedia of Chinese Language and Linguistics (dalam bahasa Inggeris). Brill. Dicapai pada 21 December 2018.
- Li, Jialong (李加龙) (2017). Hànyǔ Fāngyán Diàochá 汉语方言调查 [Chinese Phonological Research]. Beijing: The Commercial Press. ISBN 978-7-100-12869-8.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Guangyun |
- A comprehensive parallel presentation of various Qieyun fragments and editions, by Zuzuki Shingo 鈴木 慎吾, including the Kanmiu Buque Qieyun
- Songben Guangyun, with dictionary lookup – Chinese Text Project
- GuangYun Initials and Rhymes, Dylan W.H. Sung
- Songben Guangyun in electronic form
- Yonh Tenx Myangx 韻典網 (Rhyme Dictionary Website)