Gua Tepadung
Gua Tepadung terletak di bahagian Barat Laut Daerah Lahad Datu, lebih kurang 21 kilometer dari Pusat Bandar. Gua Tepadung juga menjadi habitat semulajadi Burung Walit. Gua ini menghasilkan sarang burung walit jenis putih dan Gua Tepadung juga adalah salah satu daripada Gua-gua Warisan Bangsa Idahan iaitu penduduk asli di Sabah.
Gua Tepadung | |
---|---|
Agup Tapadong | |
Bil. pintu masuk | 2 |
Lokasi Gua Tepadung
suntingLokasi Gugusan gua ini terletak berselerak di tebing Sungai Segama. Terdapat sekurang kurangnya 39 buah lubang gua di dalam gugusan Gua Tepadung ini. Setiap lubang gua mempunyai nama dengan maksudnya tertentu yang diambil daripada Bahasa Ida'an yakni selaku pewaris gua-gua berkenaan.