Gua Selarong
Gua Selarong ialah sebuah gua yang kini merupakan destinasi melancong yang popular, dengan pemandangan alam semula jadi yang indah dan juga sesuai untuk berkhemah. Tempat ini terletak di sekitar 14 kilometer di arah utara Yogyakarta, tepatnya di Kecamatan Pajangan, Kabupaten Bantul. Ia berada di puncak bukit yang ditumbuh banyak pokok jambu yang merupakan ciri khas di kawasan ini.
Pada masa lampau, Gua Selarong telah digunakan oleh Pangeran Diponegoro sebagai pengkalan gerila dalam perjuangannya melawan penjajahan Belanda. Pangeran Diponegoro kemudian berpindah selepas rumahnya di Tegalrejo diserang dan dibakar hangus oleh Belanda.
Di sekitar Gua Selarong, terdapat perusahaan-perusahaan kayu yang menghasilkan patung, topeng dan lain-lain. Pemerintah Kabupaten Bantul sedang mengembangkan kawasan Gua Selarong sebagai sebuah destinasi pelancongan pertanian dengan penanaman klengkeng.