Gua Kelawar Langkawi

Jarak=400m"
Gua Kelawar
[[Imej:|frames|250px]]
Maklumat ringkas
Geopark Langkawi Geopark
Koordinat (DMS) 6°24′7″N, 99°51′29″E
Negara Malaysia
Jenis Geotapak Geologi, Biologi
Nilai Sederhana
Keunikan Struktur kars dalam gua batu kapur, spesies kelawar
Akses Umum

Jarak=400m

Gua Kelawar di Kilim, pulau Langkawi , Kedah, Malaysia merupakan sebahagian daripada geopark yang dipromosikan dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2007.

Gua Kelawar - burung kelawar
Gua Kelawar - dalam gua
Gua Kelawar - pelbagai stalagtit
Gua Kelawar - pintu depan
Gua Kelawar - titian di hutan bakau

Gua Kelawar ini terletak di timur laut pulau Langkawi , kira-kira 10 minit berkereta dari Pekan Kuah. Pelancong boleh datang ke Gua Kelawar dengan menaiki bot dari jeti Tanjung Rhu atau menerusi jambatan yang baru dibina di jeti Sungai Kilim. Gua ini terletak di kaki bukit di Kilim yang dikelilingi hutan paya bakau dan pintu gua menghadap Sungai Kilim.

Bagi kemudahan pelancong , kerajaan negeri Kedah telah membina beberapa titi batu di dalam gua ini. Jadi pelancong tidak perlu takut dan tidak perlu menjijak lumpur dan selut paya bakau. Di dalam hutan paya bakau terdapat juga titian sepanjang 1000 meter dan dilengkapi dengan lampu pada waktu malam.

Di dalam gua terdapat pelbagai bentuk hiasan asli gua batu kapur seperti stalagtit dan stalagmit yang pelbagai bentuk , saiz dan arca indah. Para peminat geopark boleh melihat pelbagai khazanah alam yang belum begitu terusik berusia jutaan tahun. Burung-burung kelawar kelihatan tergantung di lelangit gua . Suasananya amat gelap dan menyeramkan. Pemandu pelancong atau pemandu bot akan memberikan sebuah lampu suluh ketika hendak masuk ke dalam gua . Panjang gua ini kira-kira 100 meter. Sebuah tangga juga disediakan untuk naik ke atas bukit.

Lihat juga

sunting

Beberapa gua yang lain turut dinamakan Gua Kelawar. Terdapat juga Gua Kelawar yang terletak di Sungai Siput, Lembah Kinta, Perak.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting