Gua Kandu
merupakan sebuah gua batu kapur yang popular untuk diterokai yang terletak di Gopeng, Lembah Kinta, Perak
Gua Kandu merupakan sebuah gua batu kapur yang popular untuk diterokai yang terletak di Gopeng, Lembah Kinta, Perak. Batu kapur mudah terhakis, hancur dan larut apabila terkena hujan dan air larian. Jumlah hujan yang banyak di kawasan khatulistiwa menyebabkan terbentuknya sungai dalam gua, stalaktit dan stalakmit. Di Gopeng juga terdapat pelbagai gua termasuk Gua Tempurung.