Henry Gray's Anatomy of the Human Body (atau lazim dengan nama Gray's Anatomy) merupakan buku teks berbahasa Inggeris tentang anatomi manusia yang digunakan secara meluas dan merupakan hasil kerja klasik bagi subjek tersebut.

Ilustrasi dari edisi 1918.

Buku tersebut pertama kali diterbitkan dengan tajuk Gray's Anatomy: Descriptive and Surgical di United Kingdom dan 1858, dan tahun berikutnya di Amerika Syarikat. Ketika mempelajari kesan anatomi keatas penyakit jangkitan, Gray menerima campak dari anak saudaranya yang telah mati dan mati tidak lama selepas penerbitan pada 1860 iaitu edisi kedua, pada umur 34 tahun. Hasil kerjanya amat dipuji dan pada 24 November 2004, edisi Britain ke-39 telah dilancarkan.

Asal-usul Gray's Anatomy

sunting
 
Henry Gray

Ahli anatomi British Henry Gray telah dilahirkan pada 1827. Beliau telah memperlajari perkembangan kelenjar endokrin dan limpa dan pada 1853, beliau telah dilantik sebagai Pensyarah Anatomi di Sekolah Perubatan Hospital St. George di London. Pada 1855, beliau telah mendekati rakannya Dr Henry Vandyke Carter dengan ilhamnya untuk menghasilkan buku teks anatomi bagi pelajar perubatan. Kematiannya hanya tiga tahun selepas penerbitan "Anatomy Descriptive and Surgical".

Pada 1878, edisi A.S. muncul untuk dan memulakan edisi mereka sendiri (walaupun edisi British adalah lebih awal daripada penerbitan A.S.). Edisi A.S. yang pertama adalah lebih kurang dengan edisi kelapan British. Ini menyebabkan, setelah beberapa tahun, terdapat "cabang" Gray's Anatomy: A.S. dan British. Ini boleh menyebabkan kekeliruan dan salah faham terutama petikan dari edisi tertentu.

Pautan luar dan rujukan

sunting