Anggerik harimau

spesies tumbuhan
(Dilencongkan daripada Grammatophyllum speciosum)

Anggerik harimau atau orkid harimau,[3] dengan nama saintifik Grammatophyllum speciosum, ialah spesies anggerik yang tempatan di Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam, Borneo, Indonesia (Sumatera, Jawa, Sulawesi) dan Malaysia. Ia turut dicatatkan di Filipina, New Guinea dan Kepulauan Solomon. Ia disenaraikan oleh Guinness Book of World Records sebagai anggerik terbesar di dunia, dengan spesimen dicatatkan berketinggian hingga 7.62 meter (25 ka).[4]

Anggerik harimau
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Asparagales
Keluarga: Orchidaceae
Subkeluarga: Epidendroideae
Genus: Grammatophyllum
Spesies:
G. speciosum
Nama binomial
Grammatophyllum speciosum
Sinonim[2]
  • Grammatophyllum fastuosum Lindl.
  • Grammatophyllum giganteum Blume ex Rchb.f.
  • Grammatophyllum macranthum (Wight) Rchb.f.
  • Pattonia macrantha Wight

Penerangan

sunting
 
Grammatophyllum speciousum yang agak kecil dalam pasu anggerik tanah liat Cina untuk Oncidium

Ia tumbuhan sakat dan kadang-kadang litofit, yang membentuk berkas akar yang gah. Bebawang semu tetoraknya boleh tumbuh sepanjang 2.5 m. Ia boleh tumbuh dalam rumpun yang besar seberat daripada beberapa ratus kilogram ke lebih daripada satu tan.[5] Satunya yang dihimpun pada 1893 oleh Frederick K. Sander & Co. berdekatan Pulau Pinang di Malaysia seberat setan panjang (=setan metrik). Setengahnya dihantarkan ke Pertunjukan Columbia di Chicago dan setengah yang lain ke Kebun Bunga Singapura.[6] Dekat 1902, spesimen Singapura tumbuh lebih 47 kaki (14 meter) ukur keliling untuk sepuluh kaki (tiga meter) tinggi dan mengeluarkan 2090 bunga lima inci lebar secara serentak bersama 1110 kudup kuncup.[7] Lebih terkini, pada 2000 T.M., ahli biologi Tim Laman dan Phil Atkinson temukan satu di Borneo yang 25 kaki (7.6 meter) lebar dan muncul antara 2500 dan 5000 kuntum bunga. Tumbuhan itu sepenuhnya mengelilingi pokok perumah 150 kaki (46 meter) dari tanah.[8][9] Anggerik tunggal tertua juga G. speciosum, yang ditanam di Kebun Bunga Singapura pada 1861 oleh Pengarah Kebun Lawrence Niven dan kakitangannya. Ia berumur 154 tahun pada 2015,[10] dan sekarang (2022) tentu berumur 161 tahun. Tumbuhan itu pun lima meter (16 kaki) lebar.

Setiap malai boleh tumbuh setinggi 3 m, mengeluarkan lebih 80 kuntum bunga, yang setiapnya 10 cm lebar. Bunganya berwarna kuning dengan tumpok gelap atau merah manggis. Bunga ini luar biasa, memandangkan bunga terendahnya tiada bibir dan bunga ini berperan sebagai osmofor untuk keseluruhan perbungaan dan terus membebaskan bau kimia untuk menarik perhatian pendebunga bilamana kembang berturut-turut. Ia kembang hanya sekali setiap dua ke empat tahun. Anggerik ini bagaimanapun mampu kekal berbunga untuk lebih dua bulan. Stiap bunga tunggal mampu kekal segar sepanjang enam minggu.[11] Tambahan lagi, tumbuhan ini ditemukan mempunyai manfaat perubatan berpotensi; sebagai contoh satu artikel kajian oleh Harikarnpakdee dan Chowjarean temukan yang ia membantu memulihkan luka manusia.[12]

Penamaan

sunting
 
Gambaran

Ia turut dipanggil sebagai anggerik tebu, bunga bidadari, bunga puteri dan ekor gajah dalam bahasa Melayu.[13][14] Di Indonesia, ia disebut anggrek tebu dan anggrek macan. Beberapa nama lain anggerik harimau termasuklah:[3]

  • ubud aram (Kelabit)
  • tebu tenggiling, tubu musang, ukid rimau (Iban)
  • waan phet cha heung, ueang phraao, waan ngu lueam (Thailand)
  • thanh tuyeefn (Vietnam)
  • giant orchid, tiger orchid, queen of orchid, sugar cane orchid (Inggeris)[14]

Taburan dan habitat

sunting

Ia berasal dari New Guinea, Thailand, Indonesia, Malaysia dan Filipina, tumbuh di cabang pokok besar di kawasan hutan hujan tropika tanah pamah yang terdedah.[15]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Grammatophyllum speciosum". World Checklist of Selected Plant Families. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2 Okt 2016 – melalui The Plant List.
  2. ^ "Grammatophyllum speciosum (sinonim)". World Checklist of Selected Plant Families (WCSP). Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2 Okt 2016.
  3. ^ a b Chee Beng Jin (2015). "Anggerik Harimau Ubat Penyakit Kuning" (PDF). Dewan Kosmik. No. 6. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 26-27.
  4. ^ Young, Mark C., penyunting (1955). Guinness Book of World Records 1997. Guinness Publishing Ltd. m/s. 42. ISBN 0-9652383-0-X.
  5. ^ Nancy Laws (2009) Orchid Breeding at Singapore Botanic Gardens Diarkibkan 2010-12-25 di Wayback Machine
  6. ^ Soon MD, Teoh Eng (1980). Asian Orchids. Singapore: Times Books International. m/s. 67–68.
  7. ^ The Garden (London) (Mei 31, 1902) volume 61 issue 1593 page 357
  8. ^ <anonymous> (September 2000). "Geographica - An Orchid for the Ages". National Geographic. 198 (3): unpaginated.
  9. ^ in 1893t"AOS | February 2009: Orchid Breeding at Singapore Botanic Gardens". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-25. Dicapai pada 2017-10-22. Orchid Magazine
  10. ^ Feng, Zengkun (Julai 19, 2015). "The Straits Times - World's Oldest Orchid?". Dicapai pada September 22, 2016.
  11. ^ The Garden volume 61 issue 1593 (Mei 31, 1902) m/s. 357.
  12. ^ Harikarnpakdee, Saraporn; Chowjarean, Verisa (2018-10-21). "Grammatophyllum speciosum Ethanolic Extract Promotes Wound Healing in Human Primary Fibroblast Cells". International Journal of Cell Biology (dalam bahasa Inggeris). 2018: 7836869. doi:10.1155/2018/7836869. ISSN 1687-8876. PMC 6215563. PMID 30420887.
  13. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "anggĕrek". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 32 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  14. ^ a b Grammatophyllum speciosum. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/34957. [Didapat kembali 22 Julai 2023].
  15. ^ Grammatophyllum speciosum Blume 1825 in The Internet Orchid Species Photo Encyclopedia at orchidspecies.com