Konvokesyen
Konvokesyen (Mal.; bahasa Inggeris: convocation diakar Latin convoco "memanggil; mengundang; mengumpulkan; menghimpunkan"[1]) atau majlis penyampaian ijazah atau majlis graduasi atau wisuda (Ind.[2] serapan Sanskrit विशुद्ध viśuddha "jernih, sama sekali bersih atau suci"[3]) merupakan tindakan penerimaan atau penganugerahan ijazah akademik dari universiti atau upacara sedemikian. Perkataan "konvokesyen" berasal dari perkataan yang tidak semestinya sama maksudnya (maksud asal ialah "sekumpulan orang yang dihimpunkan untuk tujuan khas"). Di Amerika Syarikat dan Kanada, konvokesyen turut diadakan di peringkat sekolah dan kolej. Terdapat banyak tradisi yang berkait dengan upacara penyampain ijazah ini, yang paling terkenal kemungkinannya ialah lontaran topi siswazah ke udara.
Di kebanyakan universiti yang besar di Amerika Syarikat, di mana ratusan siswazah akan menerima ijazah sekaligus, biasanya terdapat satu majlis utama (di stadium atau tempat lain) yang diikuti dengan majlis-majlis yang lebih kecil di kampus. Upacara kecil ini dianjurkan oleh setiap fakulti dan merupakan upacara sebenar penganugerahan ijazah. Di tempat-tempat lain, cuma satu majlis diadakan, di satu tempat di kampus, tetapi dibahagikan kepada beberapa sesi di sepanjang hujung minggu. Ada juga universiti yang melangsungkan konvokesyen lebih dari sekali setahun.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "convoco". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 196.
- ^ Wekke, Ismail (2012-10-20). "Konvokesyen: Wisuda ala Malaysia". Kompasiana. Dicapai pada 2024-04-03.
Jika kita di Indonesia, tradisi akademik berupa rapat senat terbuka luar biasa dalam rangka penammatan kita namakan dengan wisuda. Sementara dalam tradisi Malaysia disebut dengan konvokesyen.
- ^ Rujuk:
- Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 991. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini (PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 201–2. ISBN 979-459-416-4.
- Dewan Bahasa (1991). 1. m/s. 26.