Grêmio Foot-Ball Porto Alegrense
Gremio Foot-Ball Porto Alegrense, atau sering disebut hanya sebagai Gremio, ialah sebuah pasukan bola sepak profesional Brazil yang berpusat di Porto Alegre, Rio Grande do Sul, ditubuhkan pada 15 September 1903. Gelaran utama dimiliki oleh Gremio termasuklah satu Piala Intercontinental, dua Copa Libertadores de América, dua kejohanan kebangsaan dan lima piala kebangsaan. Gremio bermain dalam baju berbelang triwarna (biru, putih dan hitam), seluar pendek hitam dan stokin kaki putih (kit pertama). Kelab ini menikmati persaingan lintas bandar dengan Sport Club Internacional, dengan derbi mereka dikenali sebagai "Gre-Nal".
Nama penuh | Grêmio Foot-Ball Porto Alegrense | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | Tricolor, Imortal | |||
Diasaskan | 15 September 1903 | |||
Stadium | Arena do Grêmio , Porto Alegre, Brazil (Kapasiti: 51,082) | |||
Pengerusi | Romildo Bolzan Jr. | |||
Pengurus | Renato Gaúcho | |||
Liga | Campeonato Brasileiro Série B | |||
|
Kelab ini secara rasmi berada di kedudukan # 1 pasukan Brazil oleh Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF).[1] Gremio juga berada di kedudukan # 3 pasukan Brazil di peringkat benua oleh CONMEBOL (Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan).[2]
Rujukan
sunting- ^ "Brazilian Football Confederation ranking" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2008-08-20. Dicapai pada 2008-08-20.
- ^ CONMEBOL ranking