Google Family Link
Google Family Link adalah perkhidmatan kawalan keluarga oleh ibu bapa yang dicipta oleh Google yang mana membenarkan mereka melaraskan dan menguruskan parameter untuk peranti anak mereka. [1] Aplikasi ini membolehkan ibu bapa menyekat sesuatu kandungan, meluluskan atau tidak meluluskan aplikasi tertentu, menetapkan tempoh masa skrin dan banyak lagi. Google Family Link memerlukan akaun Google untuk mengakses aplikasi dari jauh.
Sejarah
suntingPerkhidmatan ini pertama kali dilancarkan untuk kegunaan orang ramai pada Mac 2017. Semasa di pertemuan Google I/O 2019, Google mengumumkan bahawa ia akan menyertakan Family Link secara asas di dalam Android 10 . Family Link kini tersedia di 38 buah negara yang berbeza termasuk Amerika Syarikat, Australia dan Jepun . [2]
Pada tahun 2019, aplikasi itu menambahkan fitur di mana mengandungi sekatan kandungan, pengesanan GPS dan fitur sekatan telefon untuk "waktu tidur". [3]
Perkhidmatan Family Link dibahagikan kepada dua aplikasi berbeza iaitu Family Link untuk Ibu Bapa dan Family Link untuk Kanak-kanak & Remaja. Aplikasi Family Link untuk Ibu Bapa membenarkan ibu bapa menggunakan parameter yang boleh disesuaikan untuk menguruskan dan memerhatikan kandungan untuk tontonan anak-anak mereka. [4] Manakala aplikasi Family Link untuk Kanak-kanak & Remaja pula membenarkan parameter yang diarahkan oleh ibu bapa mereka untuk mengurus peranti mudah alih anak-anak. [5]
Sesetengah fitur daripada Family Link termasuklah menyekat pelbagai kandungan seperti laman web dan aplikasi, mengurus tempoh untuk masa skrin, mencari telefon melalui GPS dan memuat turun aplikasi daripada Google Play Store .
Fitur lain yang tersedia dalam Family Link adalah dapat menyekat pelancaran aplikasi prapasang pada peranti. Ini termasuk Google Assistant, Google Drive, YouTube, platform media sosial seperti Facebook dan Twitter, dan banyak lagi.
Andrew Williams dari TechRadar menunjukkan dalam salah satu catatan blognya bahawa perkhidmatan Family Link "memberi anda cerapan hebat tentang cara anak anda menggunakan peranti mereka dan kemungkinan kandungan yang mereka lihat pada peranti mereka". [6]
Ashley Carmen dari The Verge menunjukkan dan menulis dalam salah satu catatan blognya dan berkata bahawa dia sedikit berhati-hati dalam membina profil data Google bagi seorang kanak-kanak kecil. [7]
- ^ "Google Family Link - Home". families.google.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada May 7, 2021.
- ^ "Google Family Link is now available in 38 countries - here's the full list". Android Authority (dalam bahasa Inggeris). May 22, 2018. Dicapai pada May 7, 2021.
- ^ "Google rolls out Family Link per-app time limits and bonus time". VentureBeat (dalam bahasa Inggeris). September 18, 2019. Dicapai pada May 7, 2021.
- ^ "Google Family Link for parents - Apps on Google Play". play.google.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada May 7, 2021.
- ^ "Google Family Link for children & teens - Apps on Google Play". play.google.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada May 7, 2021.
- ^ Andrew Williams October 18, 2018 (October 18, 2018). "What is Android Family Link and how do you use it?". TechRadar (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada May 7, 2021.
- ^ Carman, Ashley (March 15, 2017). "Google built a new app so your kids can have a Google account, too". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada May 7, 2021.