Gong Badak
Gong Badak ialah sebuah bandar baru yang terletak di bahagian utara Sungai Terengganu di daerah Kuala Nerus yang dahulunya sebahagian daripada daerah Kuala Terengganu yang dikenali sebagai Kuala Terengganu Utara. Gong Badak membangun pesat dengan perkembangan kawasan perindustrian Gong Badak dan institusi pendidikan seperti Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Maktab Perguruan Dato Razali Batu Rakit. Pasaraya besar seperti Hock Kee Seng, Sabasun 2, Giant, Mydin dan restoran rangkaian seperti KFC, McDonald's, Burger King, Pizza Hut's telah pun membuka cawangan ke Gong Badak.
Sejarah
suntingGong Badak berasal dari kampung-kampung yang terletak di sepanjang jalan utama iaitu Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah dari Bulatan Batu Enam ke Simpang Tiga Universiti Malaysia Terengganu. Bagi menampung pertambahan penduduk, muncul beberapa taman perumahan di kawasan sekitar Gong Badak. Menurut bancian penduduk pada tahun 2010, penduduk tetap adalah lebih kurang 10 000.
Taman / Kampung
sunting- Taman Desa Wakaf Baru
- Kampung Tun Jaafar
- Taman Desa Pusu Tiga
- Taman Samudera
- Kampung Jati
- Kampung Chonang Jaya
- Kampung Gong Chonang
- Kampung Banggul Air Lilih
- Kampung Banggul Tiang Kulat
- Kampung Wakaf Tembesu
- Kampung Gong Badak
- Kampung Tok Jembal
- Kampung Telaga Batin
- Kampung Pak Tijah
- Taman Desa Tanjung Damai
- Kampung Pusu Tiga
- Taman Permint Makmur
- Taman Batu 10
- Taman Salwa
- Taman Sri Jaya (1 & 2)
- Taman Desa Darul Iman
- Taman Mega
- Taman Sejati
- Taman Sukaria
- Taman Desa Seri
- Taman Abadi
- Taman Seri Nerus
- Taman Gamelan
Politik
suntingWalaupun Gong Badak terletak di dalam daerah Kuala Nerus, pentadbiran Gong Badak adalah di bawah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Gong Badak terletak di bawah Parlimen Kuala Nerus (P35) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) No.
Keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) Tahun 2013
P35 Kuala Nerus
Jumlah Pengundi : 76,238
BN (UMNO) Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri - 33,251 undi
PR (PAS) Mohd Khairuddin B. Aman Razali - 33,861 undi (Menang)
Majoriti : 610 undi
Ekonomi
suntingGong Badak kini mempunyai tempat membeli-belah dengan kemasukan pasaraya besar seperti Hock Kee Seng, Sabasun 2, Giant dan Mydin. Terdapat juga dua kedai buku yang dibuka iaitu Pustaka Seri Intan dan Syarikat Muda Osman (SMO) untuk menjual bahan bacaan dan alat tulis untuk pelajar institusi pendidikan di sekitarnya. Ekonomi di Gong Badak banyak bergantung kepada pelajar-pelajar dari institusi pendidikan di sekitarnya dan juga kawasan perindustrianya.
Institusi Pendidikan
sunting- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu (ILPKT)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- SK Gong Badak
- SK Kompleks Gong Badak
- SMK Kompleks Gong Badak
- Sekolah Kebangsaan Tok Jiring
- SMK Agama Dato' Haji Abbas
- Sekolah Kebangsaan Tok Jembal
- Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang
- SMS Sultan Mahmud
- SMT Kuala Terengganu
- Kolej Vokasional Wakaf Tembesu
Tarikan di Gong Badak
sunting- Padang Golf Kuala Terengganu
- Pantai Tok Jembal
- Pantai Teluk Ketapang
- Pantai Kubang Badak
- Ikan Celup Tepung
- Uptown Kontena
- Steamboat Gazebo
- Maggi Ketam 4X4
- Nasi Lemak Pasti
- Kedai Makan NZ Corner.
Masjid / Surau
sunting- Masjid UNISZA
- Masjid Kampung Tok Jembal
- Pusat Islam Universiti Malaysia Terengganu
- Masjid Wakaf Tembesu
- Masjid Nur Bakti
- Masjid Jamek Tok Jembal
- Surau Kita, Kampung Jati
- Surau Taman Perumahan MAIDAM
- Surau Pasukan Gerakan Am
- Surau Al-Amin (Surau Kuning) Jln SK Gong Badak