GoFundMe
GoFundMe ialah sebuah laman sesawang pendanaan awam bagi tujuan mengumpulkan wang sumbangan bagi hal-hal semasa seperti perayaan serta insiden-insiden malang seperti bencana dan jangkitan.[2][3] Setakat 2017, kira-kira AS$5 bilion telah dikumpulkan oleh kira-kira 50 juta penderma kepada lebih kurang dua juta kempen individu, menjadikan GoFundMe sebagai laman sesawang pendanaan awam terbesar.[4]
GoFundMe | |
---|---|
Fail:Gofundme logo, April 2012.png | |
Maklumat umum | |
URL | https://www.gofundme.com/ |
Jenis | Pendanaan awam bagi tujuan pendermaan |
Tersedia dalam | Bahasa Inggeris |
Ditubuhkan | 2010 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | GoFundMe, Inc. |
Pencipta | Brad Damphousse Andrew Ballester |
Kandungan dan sokongan | |
Industri | Dana khalayak |
Perangkaan | |
Kedudukan Alexa | ▲ 1,618 (Jun 2018[kemas kini])[1] |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Amerika Syarikat |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Syarikat GoFundMe ditubuhkan oleh Brad Damphousse and Andrew Ballester pada Mei 2010 di San Diego, California di Amerika Syarikat. Laman sesawang ini pada asalnya bernama CreateAFund dan dicipta pada 2008, tetapi namanya ditukar kepada GoFundMe selepas pelbagai pengubahsuaian dilakukan terhadap laman sesawang tersebut.[5]
Rujukan
sunting- ^ "Gofundme.com Site Info". Alexa Internet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-13. Dicapai pada June 13, 2018.
- ^ Bloomberg Businessweek. "Moneymaking Ideas". Diarkibkan daripada yang asal pada June 24, 2012. Dicapai pada June 16, 2012.
- ^ "How to fundraise". Gofundme.com. Dicapai pada April 30, 2012.
- ^ "How Crowdfunding Platform GoFundMe Has Created A Three Billion Digital Safety Net".
- ^ Create A Fund. "Big News: CreateAFund Has Joined Forces With GoFundMe". Diarkibkan daripada yang asal pada June 22, 2012. Dicapai pada June 21, 2012.