GISB Holdings

syarikat konglomerat Malaysia
(Dilencongkan daripada Global Ikhwan)

GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH atau sekadar GISB) ialah sebuah konglomerat dan pertubuhan Islam di Malaysia yang ditubuhkan sebagai penerus kepada pertubuhan Islam, Al-Arqam yang diharamkan pada 90-an oleh kerana fahamannya yang menyimpang atau sesat daripada ajaran Islam.[1][2] Ditubuhkan pada 2008 selepas pembongkaran pendahulunya, Rufaqa, GISB berkembang pesat dalam pelbagai bidang perniagaan sebagai peneraju amalan-amalan Islam di Malaysia dan luar negara berdasarkan fahaman Al-Arqam. Namun begitu, pada tahun 2024, GISB dibongkarkan dengan pelbagai perlanggaran hak asasi manusia dan fahaman Islam, termasuk perlanggaran hak pekerja dan penderaan kanak-kanak, membawa kepada satu operasi pembongkaran.

Global Ikhwan Service and Business Holdings
Jenis/bentuk sahSyarikat Sunting ini di Wikidata
PendahuluRufaqa
Ditubuhkan2008
Ibu pejabatMalaysia Sunting ini di Wikidata
Tapak webgisbh.com Sunting ini di Wikidata
Facebook: gisbhcom Instagram: gisbhcom Youtube: UC9UxPQ4AL-dAE0OK_V_OnDQ Youtube: IkhwanTVOfficial Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

Selepas pengharaman gerakan Al-Arqam pada 1994 serta penahanan ketua-ketuanya termasuk ketua utamanya Asaari Muhammad atau Abuya, saki-baki gerakan tersebut menubuhkan Rufaqa pada akhir 1997 untuk meneruskan ideologi Al-Arqam. Walau bagaimanapun, Rufaqa diserbu dan disiasat pada 2006.[3] Selepas pembongkaran Rufaqa, penurut fahaman Al-Arqam menubuhkan satu lagi pertubuhan pada 2008, yakni Ikhwan, sebelum dijenamakan semula sebagai GISB.[4][5] Pada asalnya, pengerusi eksekutif GISB ialah balu Asaari, Hatijah Aam hingga dirinya meninggal dunia pada 2015, lalu digantikan oleh Datuk Rasidi Abdullah.[6] Sementara itu, Nasiruddin Mohd Ali pula berperanan sebagai ketua pegawai eksekutif, setakat 2020-an.

2024: Pembongkaran dan siasatan

sunting

Pada pertengahan 2024, sebuah gerakan dilaksanakan untuk membongkar kontroversi-kontroversi dan ideologi pegangan GISB yang dilihat meneruskan legasi Al-Arqam, diterajui oleh agamawan seperti Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin. Gerakan juga giat dibuat secara dalam talian seperti laman Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) yang mengumpulkan bukti-bukti kontroversi GISB, termasuk amalan-amalan melanggari ajaran Islam, di samping pelbagai perlanggaran hak-hak manusia seperti pemerasan buruh dan buruh kanak-kanak.[7] Hal ini membawa kepada serbuan awal oleh polis negara di rumah jagaan kanak-kanak milik GISB, membawa kepada pembongkaran eksploitasi kanak-kanak, termasuk dera seksual kanak-kanak.[8] Penemuan ini kemudiannya berkembang kepada siasatan menyeluruh terhadap GISB dalam satu operasi bernama "Ops Global".

Organisasi

sunting
 
Pasar Raya Ikhwan di Kulim, Kedah

Ditubuhkan sebagai gerakan Islam yang menyeluruh, kegiatan GISB merangkumi pelbagai aspek perniagaan, termasuk pertanian, jual beli, perkhidmatan harian, media dan perubatan, dengan jumlah aset setakat 2024 ialah kira-kira RM325 juta.[9][5] GISB juga memiliki pertubuhan di luar negara, dengan perniagaan utamanya termasuk barisan restoran halal Nur Malaysia atau Nur Muhammad di kota-kota utama antarabangsa seperti Istanbul dan Paris, dan resort pelancongan Wadi Berkat di Hudaibiyah, Arab Saudi.[5]

Gerakan bukan untung

sunting

Di samping itu, GISB memiliki pertubuhan belia bukan untung, Remaja Pembela Ummah (RPU), yang dipromosikan sebagai medium mempraktikkan amalan-amalan Islam dalam bermasyarakat.[10] Di samping itu, GISB menubuhkan rangkaian "rumah amal" di seluruh Malaysia yang menempatkan golongan rentan seperti anak yatim, ibu tunggal dan asnaf.[11]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Multi-million ringgit company denies exploiting children". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 September 2024.
  2. ^ BERNAMA (2024-09-23). "Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN". BERNAMA. Dicapai pada 2024-09-24.
  3. ^ Raja Petra (2006-11-27). "Empat 'syeikh' akan didakwa cuba hidupkan Arqam". Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-13.
  4. ^ "Ideologi tetap sama!". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2024-09-21. Dicapai pada 2024-09-24.
  5. ^ a b c Abas, Asuki (2024-08-19). "Global Ikhwan Group: Banking on faith". The Malaysian Reserve. Dicapai pada 2024-09-24.
  6. ^ "Bonda Pesan Dekatkan Diri Dengan Allah SWT - Anak Ummu Jah - Semasa". MStar. 2015-10-23. Dicapai pada 2024-09-24.
  7. ^ BERNAMA (2024-09-22). "Op Global: Kronologi kes GISBH setakat hari ini". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-24.
  8. ^ "Police raids on homes shock residents". TheStar (dalam bahasa Inggeris). 12 September 2024. Dicapai pada 19 September 2024.
  9. ^ "Often Linked To The Arqam Group, Here's The History Of GISBH's Establishment". The Rakyat Post (dalam bahasa Inggeris). 12 September 2024. Dicapai pada 19 September 2024.
  10. ^ BERNAMA (2024-09-20). "Polis Tahan Tujuh Remaja Pembela Ummah GISBH". BERNAMA. Dicapai pada 2024-09-24.
  11. ^ Che Ahmad, Mohd. Shah (2013-05-31). "Pendapatan mewah GISB". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-31.

Bibliografi

sunting

Pautan luar

sunting