Gila babi pada haiwan

(Dilencongkan daripada Gila babi anjing)

Gila babi atau epilepsi boleh berlaku pada haiwan selain manusia (lihat rencana utama Epilepsi). Penyakit ini bercirikan sawan berulang-ulang tanpa rangsangan. Epilepsi anjing kerap bersifat genetik. Epilepsi pada kucing dan haiwan peliharaan lain adalah lebih jarang, paling sekali kerana ketiadaan komponen keturunan kepada epilepsi pada haiwan berkenaan.

Epilepsi anjing

sunting

Pada anjing, epilepsi kerap merupakan keadaan terwaris. Insiden epilepsi/sawan pada populasi anjing umum dijangkakan pada antara 0.5% dengan 5.7%.[1] Pada sesetengah baka, seperti keragaman anjing gembala Belgium, insiden boleh menjadi lebih tinggi.

Diagnosis

sunting

Terdapat tiga jenius epilepsi pada anjing: reaktif, sekunder, dan primer.[2] Sawan epilepsi reaktif disebabkan oleh isu metabolisme, seperti gula darah rendah atau kegagalan ginjal atau hati. Epilepsi disebabkan oleh masalah seperti tumor otak, strok atau trauma lain dikenali sebagai epilepsi sekunder atau bergejala.

Dalam epilepsi primer atau idiopati, tiada sebab yang diketahui. Jenis epilepsi ini didiagnosis dengan menghapuskan sebab mungkin lain untuk sawan berkenaan. Anjing dengan epilepsi idiopati mengalami sawan pertama pada umur antara satu dengan tiga tahun. Walau bagaimanapun, umur diagnosis hanya merupakan satu faktor dalam diagnosis epilepsi anjing. Satu kajian menjumpai satu sebab untuk sawan berkenaan pada sepertiga anjing daripada umur antara satu dengan tiga, menunjukkan sekunder atau reaktif dan bukan epilepsi primer.[3]

Apabila haiwan yang menghidap sawan ditunjukkan kepada doktor haiwan, doktor haiwan berkenaan akan melakukan kerja awal. Kerja awal ini boleh termasuk pemeriksaan fizikal dan neurologi, kiraan darah lengkap, profil kimia serum, urinalisis, ujian hempedu, dan ujian fungsi tiroid.[4] Ujian-ujian ini akan membantu untuk menentukan sama ada haiwan berkenaan sebenarnya mengalami sawan, dan boleh membantu dalam menentukan sebab untuk sawan berkenaan sekiranya ada. Doktor haiwan juga boleh meminta bahawa pemilik anjing menyimpan "log sawan" yang mendokumenkan pemasaan, panjang, keterukan, dan pemulihan setiap sawan, serta sebarang faktor lain yang berfaedah, seperti perubahan pemakanan atau persekitaran.

Epilepsi kucing

sunting

Sawan separa kompleks adalah lebih kerap pada kucing daripada konvulsi teritlak. Sawan separa ini boleh tertunjuk sama ada dengan tingkah laku pelik atau kekurangan pergerakan penuh, disampingi oleh tik atau peliuran berlebihan. Kucing boleh mengalami pembusaan di sekitar mulut atau kehilangan kawalan otot dan pundi.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ K9web.com, Wiersma-Aylward, A. 1995. Canine Epilepsy. Dicapai pada 6 Ogos 2007
  2. ^ Peterson, M., "Inherited epilepsy can be devastating in dogs". essfta.org
  3. ^ Podell, M, Seizure classification in dogs from non-referral based population. JAVMA 6 pp 1721-1728 (1995).
  4. ^ The Canine Epilepsy Network, canine-epilepsy.net

Pautan luar

sunting

Pertubuhan sokongan

sunting

Templat:Sawan dan gila babi